Ilham Syamil 4 Months Update :)

27 may 2015.. 4 months already buah hati ummi sorang ni.
banyak dah perkembangan2 terbaru dia memang mengikut apa yang saya rujuk info di babycentermalaysia.

jom kita tengok perkembangan adik syamil.

 

gambar on the way balik dari breakfast ahad lepas. muka pasrah tidur duduk lepas penat sangat layan peminat kat kedai acu hehehe.

Ini carta tumbesaran ilham syamil.. haaaa gigih ummi buat weight graph adik tau.
new born – 2.95kg
1st month – 4.6kg
2nd month – 4.95kg
3rd month – 5.54kg
4th month – 6kg

Makan kurang kerap
Apabila bayi anda mencapai usia empat bulan, perutnya sudah membesar jadi dia tidak lagi perlukanmakanan begitu kerap – hanya empat atau lima kali sehari. Namun begitu, berat badannya masih bertambah – keperluannya untuk mengambil makanan menurun apabila dia menjadi lebih besar, lebih mirip kepada kekerapan kanak-kanak yang lebih tua atau orang dewasa.

Sekarang di waktu makan, perhatiannya mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun anda seronok apabila melihat dia sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, anda mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit. Sekiranya bayi anda mudah ralit dan tidak menumpukan kepada makanannya, carilah satu tempat yang lebih sunyi untuk memberikan dia makan.

syamil – no..no..no.. syamil alhamdulillah masih 100% fully breastfeeding.. no foods at all 🙂

Bakat baru pusing meniarap dan melentang
Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya.

Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya.

syamil – setakat ni meniarap belum lagi.. tapi mengiring dah terer dah. pantang nampak ummi baring sebelah. terus jek dia mengiring dah tahu dah ummi nak bagi upah dia tu. tak apa slowly ye dik. lama2 pandai la tu meniarap.

Masa ini untuk makanan pepejal?
Bagi empat ke enam bulan pertama dalam hidupnya, bayi anda memperolehi semua nutrien yang diperlukan dari susu badan atau susu formula.

Namun begitu, didapati bahawa ibubapa sudah mahu mula memberi makanan pepejal. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mencuba pepejal. Anda boleh mulakan dengan memberinya sedikit pepejal (iaitu makanan lembik seperti makanan bayi yang dipuri atau bijirin bayi) memandangkan saluran pencernaannya sudah agak matang dan refleks menjolok lidah keluar semakin lenyap.

Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor menggalakkan ibubapa agar menunggu sampai bayi berusia enam bulan. Dengan tidak memberikan pepejal terlalu awal, anda boleh mengurangkan reaksi alergik dan menjaminkan yang susu ibu dan formula dalam diet bayi anda tidak dikurangkan.

syamil – as mentioned above, BELUM MASANYA LAGI ye sayang ummi.. ummi nak exclusively breastfeeding macam abang ilham selama 6 bulan insya Allah..

Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut
Bayi anda sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya pertama kali dia mencuba dia terlepas sasarnya. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut.

Anda juga akan memerhatikan air liur banyak meleleh sekarang. Setengah bayi sudah mula tumbuh gigi ada seawal usia empat bulan, tetapi gigi pertama bayi selalunya tidak keluar sebelum usia limaatau enam bulan.

Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek. Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan bayi untuk beberapa minit. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. Berikan dia kelentong ringan dan perhatikan betapa seronoknya dia mendengar kelentong itu berbunyi jika digoncang. Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat – umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi.

syamil – part yang ni memang aktiviti kegemaran dia sekarang ni.. asyik nak masukkan tangan dalam mulut. semalam ummi try baby baby tether.. nampaknya dah pandai juga sumbat masuk mulut. air liur memang kerap menjejes je minggu ni. malam tadi duk la belek gusi kot2 nak tumbuh gigi ke. nampak ada bayang putih belah kanan. tak pastilah gigi ke gusi dia memang macam tu. untuk ransangan pada tangan ummi bagi dia pegang tuala kecil, nak test ada tindak balas menangkap tak. so far baju ummi semua dah pandai la tarik sikit2.

Kini mampu bermain sendiri
Pada masa ini, bayi anda sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib! Pada satu ketika, anda tiba-tiba sedar bahawa tiada kedengaran apa-apa dari dalam bilik, jadi, anda jengok ke dalam dan melihat bayi anda yang sebelum ini memerlukan perhatian dan jagaan anda hampir setiap detik dia berjaga, sekarang boleh bermain dengan sendiri. Mungkin sekarang anda boleh kembali membaca surat akhbar seperti dulu kala.

syamil – kadang2 ada masa boleh je main2 sesorang.. ada hangin dia.. bila tak nampak bayang ummi ke babah ke abang ke terus la meraung. ummi takut2 juga tinggalkan dia sorang kalau abang ilham berjaga, kot lah dia buat apa2 kat adik kan.

Mula memahami peranan bahasa
Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya.

Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti “ma-ma” atau “da-da.” Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut “bu”, dan dia akan cuba menyebutnya juga.

Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men”cermin”kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu.

syamil – mulut dia sekarang bising nak belajar mengomel. sampai terjerit2 kadang2 tu. ummi babah layankan je. abang ilham pun dah pandai layan adik bila adik bercakap bahasa dia. “ummi adik nak cakap dengan saya” kata si abang. kembang kuncup hidung adik nak bercerita dengan ummi kan. hehehe tu yang buat ummi geram tu.

Memahami rampaisari warna yang pelbagai
Bayi boleh mengecam warna dari dia mula lahir, tetapi mempunyai kesukaran menbezakan nada terang-gelap dan corak warna seperti oren dan merah. Sebab itu, mereka lebih gemar hitam dan putih atau warna yang berkontras tinggi.

Antara usia dua dan empat bulan, perbezaan warna menjadi lebih jelas, dan bayi anda mula dapat membezakan nada dan corak yang berlainan bagi sesuatu warna. Bayi anda akan menunjukkan kegemaran bagi warna primer yang terang. Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.

syamil – setakat ni tak nampak lagi warna apa menarik minat dia. tapi apa2 je mainan atau kain yang tergantung ke dihayun depan mata dia, nampak ada respon untuk mencapai walaupun tangan dia belum angkat tinggi.

Lebih memilih orang
Menjelang empat bulan, bayi anda mungkin sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran anda, suara anda dan juga ekspresi muka anda dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya.

Sekitar masa ini juga, bayi anda, yang setakat ini cenderung memberi senyuman kepada semua orang yang dijumpainya, mula memilih orang-orang yang dia mahu berdekat dengannya. Jika dia berada dalam kumpulan ramai atau dengan orang yang tidak dikenalinya, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjadi selesa. Sediakan sedikit masa untuk bayi membuat transisi apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenalinya atau apabila bayi ditinggalkan dengan penjaga.

Anda akan juga mendapati bahawa apabila dia berada dalam dukungan anda, dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.

syamil – belum pandai memilih orang lagi.. tapi kalau nampak bayang ummi jek terus lah sengih habis. kata babah, “botol susu bergerak” dah sampai hahaha.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda — jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda.

Credit info: Baby Center Malaysia
http://www.babycenter.com.my/a1038322/perkembangan-bayi-anda-pada-usia-4-bulan#ixzz3bIqpj08P

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *