Resipi Roti Bun Lembut Uli Tangan | ini projek malam rabu lepas.
melepaskan hajat nak bagi kawan2 opis makan roti hasil air tangan sendiri.
balik kerja bersilat kat dapur masak untuk dinner.
sambil2 tunggu babah balik sempat juga menguli 1/2kg tepung.
resepi asal saya ambil dari blog Puan Zalin Zalina.
tapi saya buat 2 adunan.
kalau 1 adunan macam sikit sangat.
tukang buat pun tak puas nak makan hehe.
Original Recipe credit to:
http://zalinzalina.blogspot.com/2013/11/roti-bun-lembut-uli-tangan.html#links
RESEPI ROTI BUN LEMBUT ULI TANGAN
500 gram Tepung Roti / High Protein
100 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
100 gram Gula Kastor
2 sudu kecik Yis kering
1 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1 sudu kecik Garam Halus
2 biji Telur Gred B
210 ml/gram Air Suam (kalau guna mixer kena letak air sejuk)
Cara-caranya:
Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula
Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula…pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih
Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi…gaul rata…kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang…kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang macam acik ni pun boleh juga… uli guna tangan lebih kurang 5 minit..
Pastu tutup dengan plastik…biarkan selama 30 minit.. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang..
Bulat-bulatkan doh…lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit.. bagikan doh tu 50gm..
kononnya saya punya plan nak buat roti sosej pintal.
sudahnya buat 3 ketul jek roti sosej pintal.
sebabnya macam kurang skil memintal hahaha.
sila jangan ketawakan roti sosej pintal saya ye.
nampak buruk benor rupanya.
tersilap pintal terus bergabung dohnya.
next, saya plan roti mini pizza.. doh 40gm ikut suka hati je haha.
boleh la boleh la.
pengsan kalau otai2 roti tengok hahaha.
main hentam keromo jek.
dapat 6 roti mini pizza yang tak cukup sifat.
yang ada 3 doh bergabung tu sweet bun kosong untuk abang ilham.
30gm setiap doh gabung terus dalam satu cup.
HOMEMADE ROTI
yang ini pulak roti parut cheddar cheese dan gula.
yang ni paling laju saya makan ehehe.
dapat 16 ketul, satu doh 30gm.
nak nampak banyak kononnya kan.
lepas tu tutup loyang dan biarkan selama 45minit – 1 jam.
bagi doh naik sekali ganda.
untuk sapukan atas doh tu,
guna 1 biji telur campurkan 2 sudu besar air atau susu segar.
sapu bila doh dah kembang.
bakar selama 15 – 20 minit pada suhu 18 darjah celcius
atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing.
oven saya 13 minit 180 darjah celcius.
rupa sebelum masuk oven.
walaupun tak berapa nak ada rupa sangat hehehe.
picit mayonis, sos cili dan sos black pepper.
abaikanlah picitan mayo, sos yang lintang pukang tu ye.
syamil dah menjerit sebenarnya tu.
jadi ummi main bedal jek lah.
dan hasil selepas dibakar.
jangan lupa sapukan margerin untuk nampak kilat.
taraaaaaaaaaaaaa.
roti sosej pintal
roti cheddar cheese dan gula
roti mini pizza
dan
sweet nun kosong untuk abang ilham
sepanjang ummi buat roti.
berkali2 dia tanya dah siap ke mi.
kejap2 jengah dapur kejap2 tanya lagi.
adoiii la nak.
ummi ni baru belajar buat roti.
terkial2 la dengan adik meraungnya hahaha.
menguli roti pun sebelah tangan pegang adik ngempeng.
beberapa minit kemudian..
roti abang ilham dah kena korek tengah2.
”wowww..yummy nya ummi.. delicious”
ecehhhh konon betul.
pandai membodek ummi kan abang ilham ni.
alhamdulillah berjaya juga meroti buat kali kedua.
menjadi la kot.
sebab sedap kata babah ilham. hahaha.
minggu ni belum sempat meroti lagi.
tekak nak makan roti, tapi vitamin M banyak.
jadi postponed dulu ye.
agak2 ummi ilham dah boleh open order roti ke belum ek? kahkahkahkah.
produk terbaru “gardenee” nak lawan gardenia.
berangan percuma!
🙂
KOLEKSI RESIPI DARI DAPUR HERNEE NAZIR
Pingback: Resipi Homemade Pizza Roti Gardenia Yang Mudah Dan Sedap - herneenazir.com