Pregnancy | MGTT Yang Kantoi Menyebabkan BSP :p

Pregnancy Journey

setakat mengandung 6 bulan ni, dah masuk kali kedua saya kena jalani Modified Glucose Tolerance Test (MGTT).

mengikut kata nurse oleh kerana saya ada family history yang mana arwah mak peernah menghidap diabetes dan pregnancy history masa mengandungkan ilham ada GDM, maka saya kena ambil MGTT sebanyak 3 kali. apa? 3 kali? hmmmm. layan!

 

pertama kali masa 31/7/14.

result fasting.. 4.6

after 2 hours.. 7.0 (border line) Sad smile

next katanya bila sampai 24 weeks dan 32 weeks of pregnancy.

 

 

sepatutnya dalam 2 minggu lepas.

tapi nurse booked time pada hari ni. ye hari ni pagi tadi minum air gula pekat likat melekat kelat.

 

 

start malam tadi jam 10pm memang dah puasa lah.

last makan malam pukul 7.30pm, lepas masak2 terpaksa makan dulu tak sempat nak tunggu babah ilham balik kerja.

tak dibenarkan minum air masak sekalipun selepas jam 10pm. fuhhh.

pagi tak pagi sangatlah saya sampai Klinik Kesihatan Gelang Patah, tu pun dapat nombor 34.

menunggu tak lama sangat, lagi pun ada geng berbual. tak terasa lama.

orang kepoh memang senang dapat kawan baru hehehe.

tapi kepoh bukan sebarang kepoh ye. kepoh sharing pregnancy history. hehe.

sampai turn saya, masuklah ke bilik nombor 16.

ambil darah dulu, saya tadah lengan kanan buat2 berani Smile with tongue out

lepas ambil darah, nurse kata,

“ok, boleh minum air gula”

woweeeeeeeeeeee.. gelas2 sedang beratur menunggu mak2 buyong.

 

20141030_084629 

 

buntu kejap mak nak pilih yang mana. ekeke.

tak payah le nak buntu sangatkan. sama jek kuantiti gula semua. 

 

20141030_084647

 

 

nak close up. hahaha. bagi kecur air liur sikit :p

minum depan sinki bukan nak main ngelat eh. hehe.

nasib baik air nya masih suam2 lagi. togok je la sekali harung.

tipsnya jangan minum sikit2 memang menahan mual jek lah.

ada sorang kakak tadi tu pesan, nurse bagitau dia bila dah suruh puasa malam tu.

jangan sesekali curi2 minum air masak. air masak berkemungkinan boleh menaikkan lagi paras gula dalam darah.

 

lepas minum, terus keluar dari bilik tu, sambung bersembang dengan kakak dan adik yang baru kenal.

tak sangka jumpa orang yang senasib dengan saya. yang diuji dengan kehadiran anak.

berbual2 sambil bercerita pasal breastfeeding.

saya pun perkenalkan diri saya sebagai Breastfeeding Peer Counselor baru kawasan Gelang Patah.

kami bertukar2 nombor handphone. saya pesan pada adik sorang tu, in case perlukan bantuan kami geng2 PC sedia membantu. bagi semangat supaya dia dapat breastfeed baby baru.

apa yang penting saya pesan tanamkan niat. insyaAllah dipermudahkan.

 

2 jam berlalu pot pet pot pet tak sedar. bagus juga beramah tamah ni dapat kill the times. hehehe.

kalau sesorang boring juga dah le menahan nak muntah air gula.

bila dapat berbual berkongsi pengalaman tak sedar masa berlalu.

 

sampai turn masing2 kena ambil darah sekali lagi untuk result selepas minum air gula.

saya yang paling akhir antara kami bertiga.

lepas siap singgah breakfast memandangkan perut dah berkeroncong.

then, terus balik office.

 

 

IMG_20141030_125635

 

 

dah togok segelas air gula, balik office terasa diriku semanis kurma. hahaha.

eh salah sweet 17 gitu. sila muntah hijau.

 

dalam pukul 3.11pm kemanisan sweet 17 telah diragut bila dapat call dari Klinik Desa Paya Mengkuang. huwaaaaa sadis2.

 

selalunya result MGTT ni keluar 1 week after minum. sekali nurse bagitau result saya dah ada daaa.

sebelum minum 4.0 selepas 2 jam resultnya 9.1. nak nangis ke nak suka ni weh. kantoi sudahhhhhhhhhhhhhhh..

 

nurse pesan hari ahad untuk buat Blood Sugar Profile (BSP).

huwaaa rosak plan nak bawa ilham jalan2 Angry Bird Park Ahad ni. postponed lah.

 

hadoiii la hai teringat zaman2 pregnantkan ilham. saya memang pengunjung setia KK setiap kali nak jumpa doctor.

 

macam biasa, akan ke KK Desa Paya Mengkuang untuk BSP pada jam2 yang ditetapkan.

 

8.30 am

11.30 am

5.30 pm

8.30 pm

 

malam tu sah2 kena puasa start jam 10pm.

 

nampak gayanya, ummi terpaksa selongkar entry lama.

selongkar jadual diet diabetic untuk ibu mengandung yang dietitian HSA bagi.

 

hmmm. risau juga hati ni.

mudah2an tak ada apa2 yang memudaratkan kandungan kali ni.

semoga Allah permudahkan urusan.

be strong baby n ummi!

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!