setelah sekian lama terperap..
mahapkanlah ummi ilham yang suka memerap entri..
nasib baik tak jadi jeruk..
kalau tak sedap juga buat kunyah2.. 😉
ok.. trial classs untuk level 2 (6-12 months)..
ummi bawa ilham masa bulan 7 yang lepas..
tahu program Genius Baby On Board ni kat fb..
terus rasa berminat nak tahu dan nak bawa ilham join sama..
en.nazir pun setuju, saya terus contact teacher aida (JB branch)..
yang kebetulan kakak ipar kawan saya 🙂
29 julai 2012.. ada trial class level 2..
so saya pun ajak mommy ngah ilham teman sebab babah kerja..
yeay! first time sampai GBOB JB branch..
sampai2 ummi ilham yang kepoh ni berkenalan dengan ibu2 lain..
nampaknya ilham behave setakat ni..
ok..teacher aida perkenalkan diri..
level 2 kesinambungan dari level 1..
proses mengembangkan lagi kemahiran motor halus dan kasar..
semua ibu dan anak duduk menghadap teacher aida..
seorang demi seorang teacher aida panggil untuk bagi name tag..
before teacher panggil nama ilham..
aehhhh kan main lagi dia pergi kat teacher..
bila teacher panggil nama dia..
dia terus “nanak..nanak”
bertuah punya anak hehehe~
akhirnya ummi bawa dia ke depan jumpa teacher..
first activity..
nyanyi2.. tepuk2 tangan.. ikut gaya teacher aida..
ye ni dia teacher aida..
gambar berggego harap maklum 😉
ummi tengah memujuk dan mengambil mood ilham..
yang ala ala dah nak hilang mood..
orang duk buat aktiviti kat depan..
dia duk merengek mintak ngempeng..
haisyhhhhh ilham syahmiiiiii..hehehe
ok next game tukar ke bilik teacher aida ada masalah kepanasan..
game ni nyanyi sambil pusing keliling bulatan..
masa ni dia ok lagi..
haisyhhhh..mommy ngah snap gambar kabur semua..
pasrah ummi macam ni.. 😉
teacher buat activity kat depan..
see budak conet ni..
dia buat activity sendiri kat belakang..
panjat sofa segala bagai..
jom main lagi toys teacher bagi..
flash card time..
part ni dia suka..
kad orang semua dia nak ambil..
next activity..
parachute time..
bila ummi tengok je muka dia berubah..
hmmmmm.. dah agak dah..
mesti penyakit alergik kain2 selubung dia datang..
teacher bentang parachute atas lantai..
semua baby diletakkan atas parachute tu..
baru je ummi letak ilham dah menjerit nangis..
huwaaaaaaaaaaaaaaa..
nangis macam kena babab dengan ummi..
lagilah bila teacher suruh letak bawah parachute..
lagi meraung..sampai ummi join duduk bawah parachute..
baby lain ok je..ada la sorang dua yang cuak2..
tak apa ilham ni baru trial class..
nak tengok tak effect kepada nangis yang bersungguh2..
sampai tertidur2..
alkisahnya.. memang time tidur dia dah sampai..
area pukul 10 ke 11 am gitu memang time tidur..
sedih no muka ngantuk..hehehe
habis je kelas, ummi pun siap2 balik..
sebelum tu salam2 dengan mommies lain..
sebelum turun sempat lagi berposing..
walaupun si hero kechik dah melentok kat belakang 😉
sempat juga ummi jeling2 GBOB on media ni..
wahhhhhh..bertambah semangat nak hantar ilham ke sini..
ok untuk yang nak tahu apa itu Genius Baby On Board (GBOB)..
boleh baca info saya copy & paste dari blog GBOB..
credit info: Genius Baby On Board (GBOB) | All Babies Are Genius!!
1. Apakah Playgroup @ GBOB ?
Playgroup @ GBOB adalah satu program yang direka khusus untuk bayi baru lahir (New Born) sehingga kanak-kanak berusia 4 tahun. Ia merupakan satu sessi “bermain sambil belajar” yang tidak formal bagi bayi dan kanak-kanak ini agar mereka menjadi bayi dan kanak-kanak yang riang, tidak kekok untuk bersosial dan berkawan dengan rakan sebaya, bersedia menghadapi dunia baru disamping meningkatkan kemahiran motor kasar & halus serta pengukuhan otak kanan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap minggu.
Bukan itu sahaja, Playgroup ini juga merupakan medan untuk anda dan anak-anak membina hubungan yg erat dan memahami dunia mereka. Selepas puas bekerja mencari rezeki dan meninggalkan anak dirumah/ nurseri selama 5 hari, Playgroup ini adalah salah satu cara untuk anda “menebus” masa-masa berharga dengan anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang lebih santai dan berfaedah.
2. Berapa Peringkat @ Stage yang ada di Playgroup @ GBOB?
Terdapat 4 peringkat @ Stage yang ada di GBOB. Berikut adalah maklumatnya:
Stage 1 (NB- 6 Bulan)
Stage 2 ( 6-12 Bulan)
Stage 3 ( 12-18 Bulan)
Stage 4 ( 18 bulan – 4 tahun)
3. Apakah aktiviti yang ada di Stage 1 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 1 ( NB-6 bulan), kami menekankan tentang stimulasi terhadap kelima-lima deria bayi dengan pelbagai cara. Peringkat ini merupakan satu peringkat yang kritikal dalam kehidupan seseorang bayi, sayangnya ia jarang dititik beratkan. Bayangkan, anak anda berada di dalam perut, dengan penuh keselesaan tanpa gangguan selama 9 bulan 10 hari, dan secara tiba-tiba, keluar menghadapi dunia baru yang sungguh asing dan baru. Mereka memerlukan sokongan yang kuat dan meyakinkan dari ibu bapa, dan mereka perlu merasa selamat setiap masa. Bukan itu sahaja, mereka juga mesti belajar menggunakan kesemua deria yang ada dalam waktu yang sama. Ia bukan sesuatu yang mudah. Kerana itu, sokongan dan stimulasi adalah sangat penting untuk diberikan kepada bayi ini dan stimulasi yang terbaik adalah dari para ibu bapa itu sendiri dan bukan orang lain. 🙂
Pihak kami juga menekankan right brain method di mana kami mengajar anak anda mengukuhkan penggunakan otak kanan dalam stage ini. Ia merupakan sessi yang rutin setiap minggu yang akan pihak kami lakukan. Kami menggunakan produk Little Reader dalam mengajar bayi anda “membaca” dan selain dari kad imbas, terdapat beberapa lagi kad stimulasi yang akan di gunakan dalam sessi ini. Selain dari itu, Stage 1 ini juga akan mengandungi diskusi antara para ibu bapa setiap minggu bagi berkongsi pengalaman dan menambah pengetahuan.
Stage 1 ini akan mengambil masa 45 minit untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.
4. Apakah aktiviti yang ada di Stage 2 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 2 (6-12 bulan), kami akan terus mengambangkan kemahiran motor halus dan motor kasar anak melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan selain terus menekankanstimulasi terhadap kelima-lima deria anak. Peringkat ini merupakan satu peringkat di mana anak sudah mula takut dengan orang yang tidak dikenali, dan ingin selalu berdamping dengan ibu atau bapa, maka dengan adanya kelas Playgroup ini, anak anda akan diasuh untuk menjadi lebih berani, pandai bersosial dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dan menjadi bayi yang gembira @ happy baby. Selain itu, dalam Stage 2 ini juga, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk menggalakkan anak merangkak dan meneroka persekitaran stimulasi yang ada disekeliling mereka. Terdapat juga Sessi untuk mengukuhkan otak kanan mereka setiap minggu.
Stage 2 ini akan mengambil masa 45 minit untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.
5. Apakah aktiviti yang ada di Stage 3 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 3 (12-18 bulan), anak anda sudah mula pandai bertatih dan ada yang sudah mahir berjalan. Mereka suka meneroka persekitaran yang baru dan cuba menggunakan kaki dan tangan mereka dengan maksimum. Kelima-lima deria mereka juga semakin aktif dan dalam tempoh ini, anda mungkin mula merasakan yang anak anda terlalu aktif, kurang fokus dan tidak dapat duduk diam dalam tempoh waktu yang lama. Dalam program yang kami jalankan ini, anak anda akan dilatih dalam suasana yang menyeronokkan, aktif dan penuh dengan pelbagai aktiviti tanpa henti untuk meningkatkan motor kasar mereka. Ia agak memenatkan bagi ibu / penjaga tetapi amat “happening” untuk anak-anak. Dalam masa yang sama, anak anda akan belajar untuk berkongsi dengan kawan-kawan sedikit demi sedikit dan terdapat satu slot khas untuk meningkatkan fokus dan konsentrasi anak serta motor halus mereka yg berasaskan kaedah Montessori yang dinamakan “Montessori Moment”.
Stage 3 ini akan mengambil masa 45 minit – 1 jam untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.
6. Apakah aktiviti yang ada di Stage 4 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 4 (18 bulan – 4 tahun) pula, kami menggunakan Khalifah Method dalam semua modul-modul kami. Terdapat 7 Module Berstruktur yang jumlahnya adalah 68 minggu kesemuanya. alam modul-modul GBOB, kami menekankan akidah ketuhanan yang satu melalui lagu-lagu, nursery rhyme, dan story telling time dengan pendekatan yang santai dan menyeronokkan. Ia bagi menjana kanak-kanak Muslim yang kompeten dan berdaya saing dalam suasana yang penuh harmoni dan saling hormat-menghormati. Sessi Playgroup ini terdiri dari beberapa segmen-segmen tertentu dan menggunakan alat bantu mengajar yang banyak dan pelbagai bagi menjadikan sessi Playgroup ini lebih menarik dan berkesan. Ia meningkatkan skill anak dan cara fikir anak anda dalam banyak perkara, meningkatkan konsentrasi, daya saing, pergaulan sosial, sharing & taking turn dan banyak lagi.
Kami mempunyai beberapa segmen di dalam Stage 4 Playgroup ini iaitu Circle Time, Warming Up Session, Story Circle, Music & Singing Time, Phonics Time, Active Play (yang akan mengandungi pelbagai aktiviti yang berbeza setiap minggu bagi menjana minda anak anda dengan cara yang menyeronokkan dan santai) dan juga Art Session bagi mengukuhkan kuasa otak kanan mereka. Selain itu, pihak GBOB juga akan menggunakan peralatan seperti ribbon streamers, balls, pingpong maracas, egg maracas, bubbles, wood sticks, bean bag, parachute play dan pelbagai instrumen muzik dalam kelas kami untuk menjadikan anak anda lebih kreatif dan berkeyakinan dalam pergaulan sosial.
Stage 4 ini akan mengambil masa 1 jam – 1 jam setengah untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.
7. Berapakah kosnya untuk saya mendaftarkan anak saya ke Playgroup @ GBOB ini?
Terdapat 2 kos yang perlu di bayar iaitu:
Yuran pendaftaran: RM 150 setahun (perlu di bayar sekali sahaja untuk tempoh setahun) dan anak anda akan menerima:
* Bag Non Woven Istimewa GBOB
* Sehelai T-Shirt Playgroup Khas untuk anak anda.
* Button Badge istimewa GBOB
* Kad Keahlian SuperKid
* Sticker kereta keluaran khas Genius Baby On Board
* Diskaun 5% untuk produk pendidikan & permainan*di GBOB untuk tempoh setahun.
* Voucher Diskaun Seminar ECE di GBOB
* Voucher Diskaun RM 5 tajaan Perfume For All
* Kupon Diskaun RM 5 tajaan Genius Baby On Board
* Pati haruman 2cc tajaan Perfume For All
* Brochure berkaitan
* produk2 terpilih shj.
Yuran kelas: RM 35 /kelas (perlu di bayar untuk 4 kelas sekaligus setiap bulan) menjadikan jumlahnya RM 140 sebulan.
Jumlah Penuh (ketika pertama kali mendaftarkan diri): RM 290 sahaja.
8. Tempoh masa untuk menghabiskan 4 kelas tersebut?
Anda mesti menghabiskan 4 kelas Playgroup dalam tempoh 4 minggu berturut-turut dari minggu PERTAMA anak anda menghadiri kelas Playgroupnya. Sekiranya anda gagal untuk menghabiskan 4 kelas dalam tempoh yg diberikan itu, maka secara automatik, kelas tersebut akan hangus dan wang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
9. Bagaimana dengan bulan kedua dan seterusnya?
Anda boleh membuat pembayaran sebanyak RM 140 untuk bulan kedua dan seterusnya pada setiap minggu terakhir kelas (minggu ke 4) anak anda hadir untuk sesuatu bulan tersebut. Ini bagi membolehkan pihak kami memastikan tempat anda untuk bulan seterusnya.
10. Maksimum pelajar dalam satu kelas & bagaimana jika kelas telah penuh?
Maksimum 10 orang kanak-kanak pada satu-satu masa untuk setiap Stage. Sekiranya tempat telah penuh nama anda akan di letakkan di bahagian menunggu (KIV) sehinggalah kelas baru dibuka (minimum 1 orang pelajar untuk membolehkan pihak kami membuka kelas baru bagi Stage 1 dan 3 orang pelajar bagi Stage 2-4) atau sehingga ada mana-mana kanak-kanak yang tidak mahu meneruskan kelas untuk bulan eterusnya Pihak kami akan sentiasa mengemaskini maklumat pejar kami untuk pengetahuan anda. .
11. Sekiranya anak saya bermula di Stage 1, apabila usianya meningkat, adakah dia akan terus dimasukkan ke Stage 2?
Ya, dalam tempoh setahun pendaftarannya, sekiranya ketika anda mendaftarkan anak anda, mereka berada di Level 1, apabila usia mereka meningkat, anak anda secara automatik akan dimasukkan ke Stage 2, 3 dan seterusnya mengikut usia anak, sehinggalah tamat tempoh pendaftaran setahun tersebut. Cthnya: November 2010 – November 2011.
12. Jadual kelas?
Berikut adalah jadual kelas untuk Setiap Level:
Hari: Setiap Hari Sabtu – LEVEL 4 (18 Months- 4 Years)
Waktu:
10 .00 am – 11.30 am
12 .00 noon – 1.30 pm
2.00 pm- 3.30 pm
Hari: Setiap Hari Ahad – LEVEL 1, 2 & 3
Waktu:
Level 2 (6-12 Months): 10 .00 am – 10.45 am
Level 3 (13 Months -18 Months): 11.30 am- 12. 15 noon
Level 1 (New Born – 6 Months): 1. 00 pm- 1.45 pm
* sekiranya terdapat perubahan waktu kelas pada bila-bila masa, pihak GBOB akan memberitahu para ibu bapa lebih awal*
p/s minggu ni dah masuk minggu kedua ilham masuk real class playgroup GBOB.. so far masih takut dan nangis time join parachute activity tu.. nampak teacher pegang parachute je dah nangis.. harap2 kelas2 akan datang ilham semakin ok.. ummi dan babah doakan yang terbaik..that’s why ummi dan babah hantar ilham bergaul dengan kawan2 baru supaya ilham dapat belajar.. belajar dan belajar even di usia semuda setahun..
betul la taty ada bc newspaper tu dlu..ibu dia siap bnti kje ms ank yg kedua tu…bru bbrp thn dh brkmbg dh
You don’t have an externally imposed schedule with Rocket Spanish. It is especially for those who love the outdoors. They are a document management should be able to tailor your needs. Carbs that do this are called high glycemic. Save the handprints and make a book out of them. You will also have access to reviews and photos of hotels for quick comparison. [url=http://www.burberryhandbagoutlet.com]burberry outlet[/url]
[url=http://www.burberryhandbagoutlet.com]burberry outlet online[/url]
[url=http://www.oyqh.org/]canada goose men’s parka[/url]
[url=http://www.morebeatsbydrecheap.com]Beats Pro[/url]
[url=http://www.morebeatsbydrecheap.com]Beats Pill[/url]
[url=http://www.tourdumontblanc.net]mont blanc pens for sale[/url]
[url=http://www.topdiscountjackets.com]belstaff classic tourist trophy jackets[/url]
[url=http://www.tourdumontblanc.net]mont blanc pens discount[/url]
[url=http://www.swedencanadagoose.net]canada goose glove[/url]
[url=http://www.sportswear-columbia.com]columbia jackets for kids[/url]
[url=http://www.cheapoakleyglass.com]cheap oakley sunglasses[/url]
[url=http://www.guccioutletgroup.com]replica gucci shoes[/url]
[url=http://www.tourdumontblanc.net]mont blanc rollerball pen[/url]
[url=http://www.tourdumontblanc.net]mont blanc rollerball pen[/url]
[url=http://www.barbouronsale.com]barbour jackets for women[/url]
[url=http://www.mbtsells.net]mbt casual shoes women[/url]
[url=http://www.guccioutletgroup.com]women’s gucci sneakers[/url]
[url=http://www.linkslondonbracelet.net]links of london outlet[/url]
[url=http://www.sportswear-columbia.com]columbia sportwear outlet[/url]
[url=http://www.cheapoakleyglass.com]discount oakley sunglasses[/url]
[url=http://www.tiffanybuy.net]tiffany jewelry[/url]
discount gucci handbags
You might be surprised by some of the useful tips and techniques shared in this video. In 12 hours, if you’re still in trouble, it’s doctor time. So you should choose a website that provides some creative photographs and Female celebrity that will surely entice you. K-cups are easy to use, mess free, low cost and come in hundreds of varieties. [sandra,] she doesn鈩 want to see him and she doesn鈩 want him trying to get face-to-face. Another example of a casual Noritake pattern is Versatone China.
jordans shoe
[url=http://writing-essay.org]the venus factor diet[/url]
There is definately a lot to know about this issue.
I love all of the points you have made.