Ramadhan Day #25

Ramadhan ke 25.. kembali bersilat di dapur setelah skip memasak 2 hari 😉 Menu ala kadar + redha untuk En. Nazir sebab kat kedai tak banyak pilihan bahan2 mentah nak masak. En. Nazir ok je dengan lauk pauk yang saya proposed tu.

Sampai rumah, En. Nazir tolong jaga Ilham dan masak nasi. Saya pulak mengerjakan sotong dan ikan cencaru. Tepat pukul 7pm siap masak.

Menu berbuka kami nasi putih berlaukkan sambal sotong, ikan cencaru goreng cicah air asam dan terung goreng cili padi. Tekak ni teringin lak nak makan terung, kalau ikutkan En. Nazir memang tak minat terung.. jadi saya makan sorang je la. Alhamdulillah sedap dan menyelerakan. Pitammsssssssss puji masakan sendiri.. jangan percaya sangat.. saya tak terer masak pun 😉

Nah nak share resepi buatan sendiri 🙂

Terung Goreng Cili Padi

Bahan2:

1 batang terung (tapi saya masak 1/2 je 😉 dan potong kecik2)

3 labu bawang merah

2 biji bawang putih

5 tangkai cili padi (nak pedas lagi tambah la lagi)

1 1/2 sudu ikan bilis blender (ni kes rembat stok ikan bilis Ilham ;))

Garam

Pak Aji

Cara2:

Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.. Tumis sampai naik bau..masukkan garam dan pak aji.. kemudian masukkan terung.. masak sehingga layu.. tadaaaaaaaaaaaaa.. dah siap.. 🙂

Sekian 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!