Ilham’s 365 Days Journey of Life

My Hero Kechik - Ilham Syahmi

No words can describe my feelings right now!!
Thanks Allah for this special gift!

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..

Muhammad Ilham Syahmi turns 1!

{14 July 2012}

Syukur Ya Allah.. kerana meminjamkan kami zuriat penyambung warisan..

Syukur Ya Allah.. kerana memberi peluang kepada kami menjadi ummi dan babah..

Syukur Ya Allah.. kerana memanjangkan nafas kami dan Ilham..

Syukur.. syukur..syukur..

How time fliesssssssssssssss..

Dah setahun rupanya Ilham hidup dengan ummi, babah, tok ayah, mommy ngah, mama cu, papa cu dan semua ahli keluarga kita..

Penantian ummi dan babah selama 3 tahun akhirnya termakbul dengan berkat kesabaran dan bermacam2 dugaan dari Yang Maha Esa.. Ya Allah.. macam mimpi.. Walaupun kegembiraan ni ummi tak dapat share dengan arwah mak tok Ilham tapi ummi tahu dia pun gembira di sana.. hmmm.. redhaaaaaa :'(

Masih terbayang setahun yang lepas.. waktu yang sama saya menaip entry ni (13/7/11 @ 1342hrs) jantung saya sedang duppp dappp dupp dapppp.. bila dapat tahu jantung Ilham lemah.. akhirnya petang tu tanpa diduga saya kena tahan wad.. 2 minggu before due date 30/7/11. Pasrah!!! Untukmu Ilham Syahmi.. ummi kena tabah demi menyelamatkan “my precious baby”

Jom kita imbas semula kenangan lepas!!! 🙂

Malam sebelum kelahiran Ilham.. abaikan hidug ummi yang kembang semangkuk tu.. peneman suka duka ummi.. of course babah Ilham with mommy ngah, mama cu and tok ayah.. mata bengkak sebab duk menangis terkenang arwah mak.. 🙁

Esoknya tepat 0830hrs.. ummi diusung masuk ke operation theater untuk melahirkan Ilham secara ceaserean.

Tepat 0859hrs..

Lahirlah zuriat hasil perkongsian hidup Hernee dan Mohd Nazir..

Syuran Ya Rabb..

 Kad tu masih terpampang lagi di meja solek ummi..

Insya’Allah akan disimpan sebagai koleksi 🙂

Muhammad Ilham Syahmi bin Mohd Nazir.. DOB 14 July 2012 @ 0859hrs..3.3kg.. Hospital Columbia Asia, Nusajaya..

Tiga hari selepas keluar wad.. Ilham didapati menghidap jaundice..

kami berkampung 3 hari 2 malam di HSA, JB

Allah je yang tahu perasaan ummi masa ni.. Alhamdulillah bertemu “Geng2 Kuning” baby Aryan anak Mommy Fyza.. baby Darian anak Mommy Intan.. baby Irfan anak Mama Juli.. Friend forever ya Geng Kuning.. 🙂

Ok.. Jom tengok gambar Ilham from 1 month until 12 months..

1 month..

2 months..

3 months..

4 months..

5 months..

6 months..

7 months..

8 months..

9 months..

10 months..

11 months..

anddddddddddddddd.. jeng..jeng..jeng..

12 months already! yeay!

{oooppsssss.. Ilham terpaksa gune stroller Jusco sebab ummi lupa bawak stroller}

+++ MY DEAR ILHAM SYAHMI+++

Alhamdulillah.. dah besar anak ummi kan.. mudah2an Ilham jadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan Rasul.. mendengar kata..bijak pandai..berbakti kepada agama, bangsa dan negara (ummi tetiba patriotik 😉).. ummi dan babah akan berusaha sehabis baik untuk membesarkan Ilham dengan segala kelebihan dan kekurangan yang kami ada.. Semoga Allah panjangkan umur Ilham, ummi dan babah.. dan memberikan peluang untuk ummi dan babah membesarkan Ilham..Apa saja untuk Ilham, ummi akan berkorban jiwa raga insya’Allah..Alhamdulillah Allah masih memberikan Ilham rezeki menikmati susu ummi sepenuhnya.. Doa ummi tak pernah putus supaya dapat terus menyambung menyusukan Ilham hingga 2 tahun, mudah2an nanti kita dapat bercerai susu secara sukarela ye sayang.. Ilhammmmmmm.. ummi dan babah sayang Ilham sangat2.. ummi tahu Ilham hanyalah pinjaman dariNya.. selagi hayat ummi dikandung badan, ummi takkan sia2kan Ilham..ummi harap suatu hari nanti, bila Ilham dah besar, Ilham akan baca blog ummi ni, baca segala isi hati ummi coretkan untuk Ilham..hmmm sedih pulak hati ummi menaip entry ni.. rasa besarnya kuasa Allah, thanks Ilham beri peluang ummi jadi ibu Ilham, walaupun ummi tahu ummi tak sempurna lagi.. Syukran Ya Allah.. sesungguhnya segala ujianMu memberikan seribu satu hikmah.. syukur atas kurniaanmu seorang zuriat yang comel.. biarlah tak comel di mata orang lain, tapi bagi ummi dan babah Ilham lah yang paling comel.. penyejuk mata dan penenang hati.. Syukur Ya Allah atas nikmat yang Kau berikan.. nikmat menjadi seorang ibu..

Ilham yang ummi dan babah sayang.. we will alwayssssssssssssss and forever love you baby.. mudah2an Ilham menjadi hamba Allah yang berguna.. yang bersyukur.. yang taat.. Till then,

“HAPPY BIRTHDAY MY LITTLE CALIPH – MUHAMMAD ILHAM SYAHMI”

dannnn.. air mata ummi pun bergugurannnnnn.. sentap! :'(

p/s Tak sabar nak potong kek Ilham Ahad ni.. ada yang tanya bila Ilham nak dapat adik?? maksudnya bila “Ilham2” lain nak keluar?? hmmm.. insya’Allah kalau rezeki tak kemana.. kami tak tolak.. ummi nak capai target BF Ilham 2 tahun  dulu  🙂

Related Posts

2 thoughts on “Ilham’s 365 Days Journey of Life

  1. aaa..lupe ilham punye birthday nak dekat2 ngan akak..eh akak plak…ehem..auntie:) kekeke.. happy birthday boy..membesar jadik anak yang soleh, kuat & bijak..jaga ibu & ayah ilham nanti besar ok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!