Perkembangan Bayi Pada Usia 10 Bulan

Baby Development My Hero Kechik - Ilham Syahmi

{Ilham with his future bestfriend.. Rayqal Aqasha Hiew}

Melakukan pergerakan yang lebih banyak

Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.

*** Wahhhh.. memang betul.. sebelum ni Ilham tak pandai merangkak.. tetiba je masuk 10 bulan terus terror merangkak.. no more menyelar..kalau lepaskna kat bawah konfem la dia memapah tepi2 perabot dan meja makan kami tu.. duduk pun dah confident.. good job Ilham! :)***

Memegang dengan jari-jemarinya

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.

***Saya dah try bagi ‘finger foods’ untuk Ilham.. dan nampak gayanya dia dah pandai pegang makanan sendiri.. kalau mainan pun dah boleh pegang sendiri dan yang penting semua pun nak sumbat masuk mulut***

Personaliti yang berkembang

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.

***Alhamdulillah Ilham ni mudah je nak senyum2 dengan orang.. cuma ada masa juga la dia akan tenung lama2  orang baru dia kenal..memang banyak sangat dah bunyi2 sekarang ni..kalau tak nak dia akan geleng kepala sambil bunyi “na..nak” hehehe.. dan pandai sikit2 lambai tangan tapi angkat tangan tinggi je gitu..hehehe.. dua tiga hari ni dah tak nak masuk dalam walker dah..***

Menangani ketakutan bayi anda

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.

***Ilham takut kalau dengar ummi dan babah bersin.. mula la nak menangis.. selalunya ummi pujuk la cakap sikit dengan dia supaya dia faham bersin tu perkara normal.. lagi satu Ilham takut bunyi blender.. hahaha hero kampung..***

Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta “baubau,” ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, “Adakah kamu mahu minuman?” Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.

Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah “Oh, ya ke? Pandainya.” Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.

Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, “Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman.” Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk “selamat tinggal”) supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.

Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan “mama” apabila memandang anda dan “dada” apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).

*** Ye.makin becok mulut dia.. ter’oi2′ kalau babah kacau.. nangis sebut ‘mama’ .. ‘babah’ memang dia dah terror sangat sebut.. first word dia la tu.. kadang2 time dia merengek ummi tengah buat kerja,  saya akan pujuk dan berbual dan terangkan apa yang saya buat.. yang syoknya kadang2 tetiba dia berbunyi.. “aaa..aah” atau “hmmm” seolah2 mengiyakan apa yang kita cakap..Ilham.. Ilham.. mudh2an Ilham mudah faham apa yang umi sampaikan..

22 Mei 2012  bawak Ilham check kat Klinik Desa Paya Mengkuang, berat Ilham maintain sama sebijik sebijon macam 2 bulan lepas 7.1kg jek.. selim kan anak ummi.. ummi dia je la tak tahu bila nak selim 😉 Nurse pot pet pot pet juga la.. kenapa berat tak naik.. saya jawab la mana la saya tahu makan macam biasa, 3 kali sehari.. susu macam biasa.. dia tanya bagi makan apa, saya bagitau la saya buat bubur dan frozenkan.. tapi muka dia agak pelik la.. bubur pun bukan bubur semata, ada je sayur.. ayam.. ikan.. bukan bagi makanan sejuk suka suki tau.. setiap pagi dipanaskan.. rasanya bubur saya bagi tu 100 kali baik dari nestum tau.. dia pesan jangan sampai ke garisan kuning takut kurang zat makanan..so far Ilham ok je.. cuma demam2 tu biasalah kan.. tak tahulah kerana demam mengurangkan berat badan dia ke apa.. sebab dia memang dah makin aktif..tak reti duduk diam..selagi tak mengantuk ada je aktiviti dia..tak apalah Ilham ummi akan tambah lagi protein dalam makanan Ilham.. harap2 Ilham sihat je la kan walaupun berat tak bertambah 🙂

Ok.. itu saja nak share perkembangan bayi 10 bulan dan sedikit perkembangan Ilham.. untuk Ilham ummi akan terus berusaha memberikan yang terbaik buat hero kechik kesayangan ummi ni 🙂

Related Posts

2 thoughts on “Perkembangan Bayi Pada Usia 10 Bulan

  1. 1st word tu mmg buat mak2 ni sentapkan..kan..kan.. syahmina klu sebut ayah bukan main telus cam nak bernanah telinga dengar klu panggil maknya “Ma yak” time memberot br panggil klu x idaklerrr cesss

    1. hahahaha aah tu la..sabo je le ek..yg pnting nk nenen ttap cri mak die..ayah xde susu pun..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!