Tarikh Yang Tak Mungkin Dilupakan {23 Mac 2010}

Mak Memories

AL-FATIHAH BUAT BONDA HAJJAH KASMAH BINTI DAUD

{13 Febuari 1952 – 23 Mac 2010}

Hari ni genap 2 tahun pemergian arwah Mak. Sekejap je kan dah 2 tahun, hmmm.. selama ni jugalah kami menanggung rindu. Sedih hati ni Allah je yang tahu, lagi2 bila melalui majlis pernikahan Ayu.. sebak rasa hati. Apa pun syukur alhamdulillah, sempat juga kami adakan majlis bacaan yaasin dan tahlil in advanced untuk arwah Mak, datuk2 dan nenek2 yang telah pergi menghadap Maha Pencipta.

Doa kami siang dan malam, semoga Allah mengampunkan dosa Mak.. Semoga Allah menerima segala amalan Mak..Semoga arwah Mak ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. tenanglah Mak di sana.. Amin..

Insya’Allah selagi jasad dikandung badan, kami takkan pernah putus mendoakan kesejahteraan arwah Mak dan ayah. Moga kami dapat menjaga ayah sepertimana mak menjaga ayah dalam susah mahu pun senang.

Hernee Nazir – “Mak.. walaupun mak dah tak ada.. orang tak pernah lupa bercerita dengan Ilham dan tunjuk gambar mak pada dia walaupun orang tahu dia masih belum faham apa2.. Orang nak dia tahu yang dia ada nenek yang sangat HEBAT!”

Posted from WordPress for Android

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!