Rezeki Dah Lama Tak Memancing :)

{Mood nak bercerita pasal Encik Nazir sempena birthday dia esok ngeee~}

Dah lama gila kan tak cerita pasal hobi Encik Nazir yang satu ni. Kalau dulu ada la juga update dia pergi memancing. Start daripada first pregnancy saya dulu dia dah stop.. lebih kurang 3 tahun lepas. Tetiba last week dia bagitau nak ikut kawan dia memancing.

Saya pun merelakan la, walaupun berkali2 cakap kat dia saya risau dia dah lama  tak turun laut. Apa pun saya tetap doakan yang baik2 saja. Kalau ada rezeki boleh juga tambah2 buat lauk kan hehe. Sebelum dia pergi saya siap2 masak semua risau kalau kelaparan kat tengah laut. Poyo kan haha. Siap tanya nak bawak bekal nasi ke tak. Sekali Encik nazir jawab.. “Seumur hidup abang pergi mancing tak pernah lagi bawak bekal nasi.. buat digelak dek kawan2 je kang” hahaha. Ohhh terlebih caring pulak wife dia ni kan ekeke.

Dalam pukul 2pm dia pergi.. saya berdoa je la dalam hati mudah2an selamat pergi dan balik. Risau sebab dia dah lama tak memancing. Ala2 babah nak pergi berperang gitu kan saya dan Ilham hantar sampai depan pintu.

Esoknya dia balik dengan rezeki yang tak la banyak mana  cuma cukuplah untuk buat lauk kami. Alhamdulillah dapat ikan merah ni.

gambar kabur sebab pakai henpon chokia jek.. 😉

Ikan lagi sekor tu haruan tasik kata dia.. kawan dia yang dapat besar juga sebab ni pun dah dibelah tiga.. ikan tu bakal saya kari kan petang ni insya’Allah..

Ini request dari Encik Nazir suruh buat Ikan Merah Masak Stim.. ikutkan saya nak belah dua.. sebelah buat  asam pedas.. tapi rasa sikit pulak nanti cehhh tamak haloba kan. Snap gambar ni dalam keadaan huru hara Ilham nak tidur, maka kelabu asap jugalah hasilnya. Tak apalah yang penting rasa dia dah menambat hati Encik Nazir 😉

Ok.. itu je lah update pasal hobi yang baru bercambah semula. Nampak gayanya tak lama lagi makin kerap la kami kena tinggal ngee~ Apa2 pun terima kasih Allah atas rezeki yang diberi 🙂

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. Lin Talib

    Eh sama la bday en.suami kt..esok 9 feb.ingat nk wat entry gak tp blur la,hihi.
    Happy bday en.nazir..

    • Hernee Nazir

      lor ye ke..hehehe..meh celebrate same2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *