Krim Mederma Hilangkan Parut | Ya, hari ni saya nak share dengan semua krim yang boleh menghilangkan parut. Krim Mederma ni Dr. Rajesh yang syorkan saya untuk disapu pada bahagian luka operation. Alhamdulillah selama lebih kurang 2 bulan tolak skip pakai, nampaknya gerhana scar cinta kat bahagian perut yang dibelah tu nampak semakin hari semakin berkurangan. Sekarang saya masih meneruskan lagi penggunaan krim mederma ni.
Ni rupa krimnya..
“helps in visibly reduce scarring”
Sapu pada kawasan parut sekurang2nya 2 kali sehari selama 8 minggu untuk parut baru, dan 2 kali sehari selama 3 hingga 6 bulan untuk parut yang sedia ada .
dah lama tak angkat kamera En. Nazir ni.. main snap jek.. 😉
..ni rupa gel nya..
Krim Mederma Hilangkan Parut
Gel ni biasanya saya sapu waktu lepas mandi pagi dan petang. En. Nazir belikan kat farmasi , harga lebih kurang RM35. Setakat ni sesuai la dengan kulit saya. Tak tahulah kalau kulit orang lain. Nak tunjuk bukti?? Ohhhh.. tak boleh berdosa hahaha. Kalau rasa nak mencuba bolehlah cari kat mana2 farmasi berdekatan dengan anda ya
KRIM MEDERMA
jap2. mederma tuu di sapu pada parut operation selepas berapa minggu operate??
sy lps 2mnggu x silapnye..sbb doc yg syorkan..