Ilham.. 2 Months Oredi ;)

Alhamdulillah hari ni genap 60 hari usia Ilham. Dah 2 bulan dah ya anak ummi ni. Maknanya dah 2 bulan juga ummi menyusukan Ilham. Syukur masih ada rezeki untuk Ilham, semoga Allah kurniakan rezeki susu yang ada bertambah2 untuk Ilham ya sayang.

Last check up kat Klinik Kesihatan Gelang Patah berat Ilham dah 4.7kg. Sekarang ni tak tahulah dah berapa beratnya rasanya tangan dah bertambah lenguh bila mendukung Ilham. Kita tunggu je 13/9 ni untuk check up dan injection 2 bulan berapa naik berat Ilham dan berapa berat ummi turun chewaaaahhh 😉 Masa injection tu nanti macam biasa haruslah baba yang pegang Ilham ya, sebab ummi masih level penakut lagi ngeh2. Harap2 Ilham tak demam nanti.

Sepatutnya ummi dah naik kerja esok, tapi Ilham dah buat hati ummi cair la terpaksalah ummi apply annual leave 10 hari lagi maka bolehlah Ilham manja2 dengan ummi 2 minggu lagi. Lepas ni Ilham kena la tinggal dengan baby sitter bila ummi dah start kerja 26/9 nanti ya. Harap2 Ilham serasi dengan BS jiran depan rumah tu. (dalam hati menjerit2 tak nak kerja.. En.Nazir nak jadi SAHM boleh tak? ;))

Ok la, tu je update untuk Ilham 2 bulan. Nanti ummi merepek lagi kat blog ni ya 🙂

[blogging thru chokia phone jek sambil Ilham ngempeng ;)]

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!