Perkembangan Fetus – Hamil 37 Minggu

Alhamdulillah bertambah seminggu lagi ke minggu 37. Perasaan? Ohhh.. Allah saja yang Maha Mengetahui. Semuanya saya serahkan pada kuasa Allah. Mudah2an semua berjalan lancar. Doktor beritahu yang kandungan saya berisiko tinggi walaupun baby ok, sebab sejarah saya yang pernah gugur 4 kali dan juga diabetes sepanjang mengandung. Doktor cadangkan saya untuk caesarean, tapi saya tetap berdoa untuk bersalin secara normal. Apa pun saya hanya berserah pada Allah, andai itu yang terbaik untuk saya dan baby saya redha. Kawan2 doakan saya dan baby selamat ya 🙂

 

Perkembangan Fetus – Hamil 37 Minggu
Sumber: BabyCenter Malaysia


uterus rambut vagina

Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda – dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. Lihat sajalah bahagian sakit bersalin dan melahirkan kami.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan – walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!