2nd SCOG @ Hospital Sultanah Aminah, JB


Hari ni kami adalah bercuti. Bukan cuti2 Malaysia ya, ni cuti2 check up kat HSA. Hmmmm.. Beginilah nasib saya.. dugaaaaaaaann.

Dari semalam macam ada rasa sakit sekejap2 kat bahagian bawah perut tu. Tapi sekejap je lepas tu hilang. Pagi tadi terasa lagi, masa check up tanya dengan doktor. Dia kata tu kira irregular contraction. Dia check kot dah ada jalan, tapi nampaknya belum lagi. So far check tadi (36wks 4 days) semua ok alhamdulillah. Baby sekarang 2.931kg tersilap baca 3.3kg. Omak aeh, 67kg jek 😉 Angan2 saya tak nak BSP lagi terpaksa dikuburkan. Doktor suruh datang lagi 27/7 kalau masih tak bersalin, dan 26/7 tu confirm kena BSP lagi. Ohhhh tabahlah wahai Hernee. Doktor tanya saya pasal mode of delivery, saya pun cakap le kalau boleh memang saya nak normal la. Dia kata kalau tak bersalin lagi 30/7, dia suruh datang hospital terus dan maybe kena induce. Kawan2 doakan semuanya dipermudahkan ya 🙂

Sekarang saya dengan En. Nazir tengah melepak sekejap kat Jusco Bukit Indah menghilangkan penat lelah sebelum meneruskan misi seterusnya 😉 Sebelum tu nak suruh En. Nazir belanja air kelapa yang jual kat Jusco tu. Nyum2 sedapnya.

8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!