Info sharing di pagi Ahad. Jom baca penting ni. Doa saya supaya baby saya keluar pada waktu yang matang 🙂
Apakah ertinya pramatang?
Risiko yang mungkin ada bagi kelahiran pramatang
- jangkitan pada vagina dan saluran urin;
- hamil kembar atau lebih;merokok;
- mengambil dadah seperti kanabis, ekstasi atau kokain;
- hidup dalam kemiskinan;
- menjadi mangsa keganasan rumahtangga;
- beberapa keabnormalan pada uterus;
- pernah menjalani pembedahan serviks sebelum ini;
- pernah menggugurkan kandungan;
- pernah mengalami keguguran, terutamanya di antara minggu ke-16 dan ke-24;
- pernah mengalami kelahiran pramatang;
- bertukar pasangan di antara dua bayi pertama anda.
Ketika di hospital
Banyak ujian akan dijalankan untuk memeriksa jangkitan:
- ujian urin;
- ujian pengesatan lapisan vagina;
- ujian darah;amniosentesis.
Anda akan diminta menjalani imbasan vagina untuk mengetahui ukuran serviks anda. Serviks yang pendek menandakan perlahiran akan bermula. Satu lagi cara ialah menjalani ujian bagi mengesan bahan yang dinamakan fibronektin fetus dalam cecair vagina anda. Kehadiran bahan ini selalunya menandakan bahawa bayi akan dilahirkan tidak lama lagi.
Jika doktor anda tidak pasti sama ada proses perlahiran sudah berjalan atau tidak, anda akan dimasukkan ke wad antenatal untuk pengawasan.
Doktor tidak boleh menghalang perlahiran pramatang jika proses itu sudah bermula dan maupun anda berehat, anda tidak akan membantu menghalangnya. Jika kandungan anda itu kurang daripada 34 minggu, doktor anda akan memberikan anda ubat untuk menangguhkan perlahiran buat sementara waktu. Anda juga akan diberikan ubat steroid untuk membantu mematangkan paru-paru bayi anda. Paru-paru bayi anda belum bersedia menarik nafas sehingga kira-kira minggu ke-36 kehamilan, jadi, jika bayi dilahirkan sebelum ini, dia mungkin akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Suntikan steroid membantu paru-parunya matang dengan lebih cepat.
Jika anda lebih daripada minggu ke-34 kehamilan, doktor anda akan membenarkan perlahiran diteruskan secara normal. Selalunya, bayi anda akan sihat walaupun saiznya agak kecil (sila lihat Bila bayi anda dilahirkan di bawah).
Bagaimanakah pengalaman kelahiran paramatang?
Denyutan jantung bayi anda akan diawasi sepanjang perlahiran, iaitu mungkin menggunakan transduser electronik yang diletakkan di perut anda. Jika anda mahukan ubat penahan sakit, anda tidak dinasihatkan mengambil petidina sebab ubat ini akan menjejaskan pernafasan bayi anda. Epidural adalah pilihan yang lebih baik.
Mengalami perlahiran pramatang tidak bermakna anda perlu melalui pembedahan caesarean. Namun begitu, pembedahan caesarean mungkin perlu jika perlahiran anda bermula selepas pendarahan atau bayi anda dalam keadaan sangat stres.
Bila bayi anda dilahirkan
Anda boleh melihat bayi anda sekerap mana yang anda kehendaki. Anda akan berasa yang anda tidak boleh melakukan apa-apa untuknya, tetapi ini tidak benar. Anda masih boleh menukar lampinnya, mengusapnya, bercakap dengannya, dan mungkin memegang dan menyusukannya. Ingatlah bahawa bayi anda memerlukan layanan yang istimewa yang hanya boleh diberikan oleh ibu dan bapanya, sama banyaknya dia memerlukan bantuan perubatan.
Bayi yang dilahirkan antara minggu ke-34 dan ke-37 mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan. Bayi anda mungkin akan terus ke wad posnatum bersama anda. Anda digalakkan mendukungnya rapat dengan dada anda. Ini akan memberikan belaian emosi dan fizikal yang baik untuk pembesaran bayi anda.
(Baca dengan lebih lanjut mengenai menjaga bayi pramatang anda.)
Adakah saya akan mengalami kelahiran pramatang sekali lagi?
Kaitan yang berguna
Untuk maklumat lanjut mengenai perlahiran pramatang, pergi ke organisasi kebajikan bayi Tommy’s, UK.
Jika bayi anda dilahirkan pramatang, BLISS, sebuah organisasi kebajikan bayi pramatang UK menyediakan nasihat dan maklumat.
Credit Info: Baby Center Malaysia