Mee Bandung Segera :)

..kuahnya sikit, tapi aksesorinya dah macam lubuk udang dengan daging daaaa.. 😉

Hari Selasa punya cerita. Dalam pada sakit2, sengal2 kat perut akibat baby mengeras, sempat juga saya masak Mee Bandung Segera ni. Awal2 dah bagi list bahan2 mentah suruh En. Nazir beli. Sebelum dia tidur balik kerja malam saya dah pesan rebuskan daging dulu, takut lambat hempuk pulak kalau nak tunggu saya rebus petang. Alhamdulillah balik rumah dah siap daging direbus.

Perencah Mee Bandung Segera ni saya beli masa menyinggah ke Azhar Foods Ahad lepas on the way nak balik Gelang Patah. Beli la 2 bungkus untuk masak 2 kali. Perencah ni keluaran orang Muar. Apa nama dia ek, Mee Bandung Demuara tak silapnya. Nanti belek plastik dia semula hehehe.

Masa masak ok lagi boleh handle. Habis je masak rasa perut cramp. Suruh En. Nazir makan dulu, saya baring sekejap kat bilik. Dia ajak pergi klinik, tapi saya ni kan boleh tahan degilnya bila sakit hilang je sambung makan semula hehehe. Tapi tak berapa nak lalu pulak, makan separuh jek. Kesimpulannya, memang boleh tahan enak la walaupun tak feel makan betul2. En. Nazir pun kata sedap, maknanya sedap la tu 😉

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!