Penangan Ubi Rebus :)

Alhamdulillah dapat juga merasa ubi rebus cicah sambal tumis dan kuah asam pedas ikan sembilang yang saya masak semalam. Dah lama rasa teringin tapi awal2 dulu macam takut2 nak makan. Ni tadi adik saya Ana buat status kat fb makan ubi rebus cicah sambal tumis, saya paksa dia belikan saya sebab dah mengecurkan saya je kan hehehe. Petang tadi Ayu dah bagi ubi rebusnya, dia yang pergi belikan dua bungkus, sebungkus untuk saya sebungkus lagi En. Nazir bawa bekal pergi kerja.

Beriya juga la makan tadi, tapi tak habis pun makan 2 ketul jek. Ada lagi tu ha kat atas meja. Tak percaya?? Meh sini datang rumah saya 😉 Sebelum makan macam biasa la doa minta2 tak memudaratkan. Beberapa minit lepas makan ok lagi. Ni dah mula rasa sebu pulak perut ni. Huwaaa.. Ubi kan banyak angin, ingatkan makan sikit tak apa2 rupanya senak perut. Lepas ni memang takut la nak makan sesuka hati. Ni pun sebab teringin sangat, macam terasa2 gitu tu yang suruh juga adik belikan. Ya Allah.. harap2 tak melaratlah sebu perut ni.

Hernee Nazir – Thanks adik2ku 🙂

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!