Nikmatnya Dapat Hirup Kuah Tu.. ;p

Semalam petang kat opis tiba2 rasa teringin nak menghirup kuah sawi masak air, atau orang Jawa kata masak bening. (padahal sepanjang 6 bulan ni macam tak suka langsung sayur2 hijau yang banyak khasiat tu)

Balik dari kerja, Ayu yang ambil sebab En. Nazir balik kampung sekejap. Malam baru balik sini. Sempat singgah kedai beli barang2. Rasa macam nak makan ikan cencaru goreng tawar je cicah dengan air asam, sekali tak ada pulak. Jadinya beli je la ikan kitang dua ekor.

Sampai rumah tiba2 depan pintu ada plastik. Tak tahulah apa isi kat dalam. Misteri nusantara betul tau. Dalam keadaan macam ni takut pulak nak buka2 sebarang. Lagi2 memikirkan En. Nazir tak ada kat rumah lagi le cuak. Terus panggil anak jiran minta tolong panggilkan ibu dia. Kakak depan rumah keluar, saya minta dia tolong jengahkan apa isi plastik. Dia pun buka, rupa2nya dalam plastik tu ada plastik dan plastik dan plastik.. banyak2 plastik. Huh.. saspen tau, ni mesti makcik cleaner yang tercicir ni. Ingat apa la tadi kan. Gelak2 akak tu, thanks kak tolong saya.

Lepas tu terus masuk rumah bersilat kat dapur. Ooppssss tak boleh bersilat, masak tenang2 je. Dalam pukul 7 lebih siap dah. Makan sorang2, nasi panas, hirup kuah sawi masak air dengan nikmatnya, ikan cicah air asam ohhh sorgaaaaaa. Petang ni ingatkan nak masak ayam berempah sebab semalam terliur bila terbau jiran masak macam ada rupa2 ayam masak berempah saya selalu buat hehehe. Tapi masalahnya sejak pregnant ni, saya rasa macam kembang tekak bila tengok ayam mentah. Camano???? 🙂

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!