Lunch Sambil Berhibur :)

Ummi Ilham at Work

Isnin punya cerita, siap upload gambar kononnya nak draft entry kat rumah, Tapi sampai rumah hampa belaka. Katil memanggil2 tuan punya blog. Layan mata je la jawabnya 🙂

Lunch hari Isnin kat Adarassa House sambil berdendang dondang dengan lagu2 penghibur pakai baju biru tu. Hari tu nampak encik seniman ni duk main gitar nyanyi kat luar, ingatkan seniman jalanan mana tadi hehehe. Sekarang ni taukey Adarassa jemput dia menyanyi kat dalam pulak. Masa dia baru2 start nyanyi Abang Ngah (taukey Adarassa) cakap kat saya “Long.. jangan lupa masukkan dalam blog”. Ok, dah masukkan dah ni Abang Ngah. Nanti jangan lupa bagi diskaun makan kat bawah tu ya hehehe. Boleh tahan jugalah suara encik seniman ni, lagu2 dia nyanyi pun best2. Kalau tiap2 hari ada pun tak pe. Lunch sambil berhibur.. hilang tensen kerja 😉

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!