Diorang Kijam!!! ;p

Diorang Kijam!!! ;p, originally uploaded by herneesamshudin.

Diorang menjeleskan saya dengan makan durian secara berjemaah. Sayalah yang teraniaya itu 😉 Balik dari kerja tadi memang dah plan nak ajak Ita dan Nazam makan durian. Kebetulan Capt. Akashah ada juga, jadi saya pelawa sekali.

Awal2 suruh En. Nazir siap2 tunggu saya kat sana. Bau durian memang menusuk kalbu bila diorang start makan. Capt. Akashah datang bawa body guard dua orang, rezeki diorang makan je la selagi ada. Best pulak duk lepak2 kat pondok kecil tu. Teringat zaman kecil2 dulu masa ayah saya jaga pondok durian orang. Mak akan bekal makanan dan kitorang akan bermalam kat pondok tu untuk mudahkan ayah pergi kutip buah durian yang gugur malam2. Oh kenangan~

Pukul 7 lebih juga baru kitorang gerak balik. Harap2 diorang berpuas hati dengan durian yang ada. Itu je yang termampu kami rasakan untuk kawan2. Doakan rezeki ayah saya melimpah ruah lagi dapatlah merasa buah2an lain pulak nanti.

Sebenarnya, dah hujung2 tadi tu saya tak tahan dugaan.. TER cekut seulas durian. TER tau, tak sengaja tu. Kata En. Nazir, tak pe lah makan je.. *suka* hehehe. Tawakkal je la ya. Ok lah nak tidur, esok dan lusa ada training kat Grand Paragon Hotel. Malas sebenarnya nak pergi tapi apakan daya saya gagahkan juga. Gud nite 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!