5 Months = 20 Weeks.. Alhamdulillah!

Syukran Ya Rabb.. 🙂

Dah masuk minggu ke 20, separuh perjalanan telah saya lalui.. ada separuh lagi untuk saya tempuh. Doa saya dan En. Nazir yang tak pernah putus semoga saya dan baby sihat dan selamat dan semoga dipermudahkan untuk melahirkan anugerah Allah ni. Semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh/solehah.

Perkembangan bayi minggu ke 20:

Bayi anda sudah mengalami peningkatan berat badan dan bertukar menjadi sesuatu yang licin kerana diselaputi bahan putih berlemak dipanggil vernix caseosa untuk melindungi kulit ketika berada dalam cecair ketuban. Otot bayi menjadi semakin kuat setiap minggu. Jika anda masih belum dapat merasakan pergerakannya, anda pasti akan merasakannya sekarang. Anda mungkin merasakan gerakannya yang pertama kali seperti libasan angin, kerana ia terasa seperti letupan belon2 buih di dalam badan. Bayi anda akan bergerak lebih kurang 200 kali sehari. Tetapi, anda hanya akan dapat merasakannya sedikit sahaja daripada semua gerakan ini.

Hari ni ada appointment dengan Dr. Khor, setelah sebulan tak jumpa. Ada ramai juga yang kata badan saya nampak susut. Kadang2 saya pun rasa macam tu. Last month timbang dengan Dr. Khor 53kg kalau tak silap, seminggu lepas tu timbang kat klinik gomen 55kg. Dari awal pregnancy memang berat badan saya turun 4kg, dari 56kg ke 52kg. Dr. Khor kata normal sebab morning sickness boleh tahan teruk. Bila lepas 3 bulan, dah boleh makan ada la naik sikit2. Doktor kata ok la, jangan naik mendadak sangat.

Mungkinkah sebab saya mengurangkan pengambilan nasi? Rasanya ada kemungkinan juga kot, dek kerana takutkan diabetes bertapak dalam badan, saya ikut cakap dietitian untuk kurangkan pengambilan nasi. Sekali makan tengahari dan malam nasi saya anggarkan hanya secawan setengah je, dah tak semeriah dulu. Tak sabar nak tunggu komen dari Dr. Khor nanti. Lagi tak sabar, kalau scan nanti baby tunjuk jantina dia. Tak mo seperais2 la aeh sayang. Jangan malu2 tau 🙂

Hernee Nazir – Gambar untuk 5 bulan nanti ye, tunggu cik abang tu tak berapa bizi kita ajak dia bergambar 🙂

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!