Support Group Meeting 1: Johor Bahru (NUR KASIH 1 – Susu Ibu: Cecair Bernilai Emas)

Pregnancy Program

Copy & paste from FB. Insya’Allah kalau tiada aral melintang saya dan Mummy DaSy akan join program ni esok. Doakan usaha kami nak menyusukan zuriat kami diberkati olehNya. Sempat lagi rasanya kalau ada lagi yang berminat nak join. Jom ramai2. Jumpa di sana 😉

Pusat Islam UTM, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) dan DuniaSusuIbu.com akan menganjurkan program:
NUR KASIH 1
Susu Ibu: Cecair Bernilai Emas

Tarikh: 19/2/2011 (Sabtu)
Masa: 9 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Taska Ehsan, Pusat Islam UTM
Yuran Pendaftaran : RM5/seorang
Menu: Pot luck

Penyertaan:
Mahasiswi, staf UTM, wanita hamil / menyusu / merancang untuk berkahwin / sudah berkahwin dan ingin menambah ilmu penyusuan, pengasuh taska/ tadika (boleh hadir bersama bayi dan suami atau pengasuh)

Berminat Sila Hubungi:

(Pusat Islam, UTM 07-5537501 / 05 / 08)

(Mardziah ; MBfPC, DuniaSusuIbu.com : 019-9532747 )
(Zulhaya; MBfPC: 013-7652551)

Tentatif Program:
8.30 pagi – 9.00 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi – 10.00 pagi : Slot 1
Tajuk: Penyusuan Susu Ibu Secara Mudah
Oleh: Mardziah Mohd Lokoman, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor, pemilik web DuniaSusuIbu.com
10.00 pagi – 10.30 pagi : Minum pagi secara pot luck & Tayangan video
10.30 pagi – 10.45 pagi : Perkongsian Santai:
– Dari Ibu (Noorul Syahadah Isam)
– Dari Bapa (Mohd Sham Mohamad)
10.45 pagi – 11.00 pagi : Kuiz (hadiah ditaja oleh DuniaSusuIbu.com)
11.00 pagi – 12.00 tengahari : Aktiviti Support Group Meeting (SGM)
Tajuk: Cabaran yang dihadapi dalam penyusuan susu ibu
12.00 tengahari -12.30 tengahari : Pembentangan SGM
12.30 tengahari : Bersurai

Antara aktiviti menarik yang akan dijalankan di booth MBfPC ialah:

  • Pameran poster dan risalah mengenai penyusuan susu ibu.
  • Jualan produk penyusuan susu ibu (buku, pam payu dara, produk penambah air susu ibu, aksesori penyimpanan susu ibu, pek penyejuk, pakaian menyusu, pad payu dara, kain penutup semasa menyusu dan beg penyejuk).

Sila rujuk brochure ini untuk keterangan lanjut.
http://susuibu.com/uploads/Progam%20Penyusuan%20Susu%20Ibu%20di%20UTM.pdf

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!