Say NO To Diabetes Semasa Mengandung

Say NO To Diabetes Semasa Mengandung | Kenapa tiba2 saya cerita pasal diabetes ni?? Oh.. panjang ceritanya 🙂

Dalam minggu ke 10 kalau tak silap saya, saya baru nak buat kad merah di klinik kerajaan. Macam yang lepas, nurse akan tanya history penyakit emak dan ayah kita. Saya pun tak bolehlah nak mengelak yang ayah memang menghidap sakit jantung dan darah tinggi dan arwah emak pulak ada menghidap kencing manis.

Bila dah ada keturunan yang berpenyakit kencing manis, maka secara automatiklah saya diarahkan untuk mengambil ujian darah untuk tengok kandungan gula dalam darah tu. Apa ke nama entah MGT.. BSP haaa gitulah bunyinya. Mula pukul 10 malam kena puasa sampai esoknya lepas ambil darah kena minum air gula uolls (ibu2 yang pernah rasa tu tahulah betapa enaknya air gula yang teramat tepu itu). Dah minum kena tunggu dalam masa 2 jam untuk tahu resultnya. Ya tuhanku.. Dia je yang tahu betapa menggelodaknya perut saya masa minum air gula tu. Rasa nak terkeluar pun ada. Tapi bila membayangkan kena minum lagi kalau termuntah, saya bersabar je la. Tahankan je la.

Start bulan lepas, sehari sebelum jumpa doktor klinik gomen saya kena ke klinik kesihatan yang terdekat untuk ambil bacaan darah 4 kali sehari. Nurse nak tengok kandungan gula dalam darah macamana. So far alhamdulillah doktor kata tak la mencanak sangat bacaannya.  Cuma bacaan selepas minum air gula tu 7.9 kiranya melebihi border line la. Doktor dah tetapkan semalam 17/2/2011 saya kena jumpa Dietitian kat Hospital Besar Sultanah Aminah untuk sesi Taklimat Diet Diabetik. Haaa.. hambik ko lagi sebijik Hernee 😉

Say NO To Diabetes Semasa Mengandung

Appointment pukul 11 pagi, tapi saya terlambat sikit sebab berpusing2 tak ada tempat nak parking. last2 En. Nazir turunkan saya, dia cari tempat parking nun jauh kat belakang sana. Dah le tak tahu mana ceruk tempatnya, jadi saya pun buat2lah muka tak malu bertanya. Ye la, kalau malu bertanya sesat jalan ye tak? 🙂 Tanya punya tanya sampai orang dari Hospital Kota Tinggi yang tak tahu menahu selok belok HSA pun saya tertanya. Hahaha.. malu akak. Bila sampai je kat situ, saya dah terlepas sesi pukul 11. Kena tunggu sesi kedua. Nasib baik ada kakak lagi sorang terlambat. Ada jugalah kawan nak saing. Thanks to Kak Aza dari Skudai yang memang confirm tak baca blog saya. Kitorang berdua je untuk sesi kedua tu. Dietitian tu muda belia rupanya. Baik bahasa pulak tu. Dia terangkan apa yang patut dimakan dan tak patut dimakan untuk ibu mengandung yang menghidap diabetes.

Contoh diet diabetik untuk pengekalan berat badan (1800 kcal/ hari) seperti yang dicadangkan:

Diet mengandungi lebih kurang 1800 kcal, 255g karbohidrat, 70g protein dan 56.5g lemak.

 

Hidangan

 

 

Waktu Makanan

 

 

Jumlah Pertukaran

 

Makanan yang Disarankan

 

Sarapan Pagi

 

7.00 – 8.00 pagi

 

3 exc bijirin

2 exc lemak

1 exc susu

 

a) 3 keping roti gandum @ 9 keping biskut krim kraker @ 1 ½ cawan oat/ cornflakes @ 1 ½ cawan nasi/ mihun/ kuey teow/ mi

b) 2 sudu majerin poli tak tepu

c) 4 sudu makan bumbung susu tepung rendah lemak @ skim – tanpa gula

 

 

Minum Pagi

 

10 pagi

 

1 exc bijirin

 

 

a) 1 keping roti gandum @ 3 keping biskut krim kraker

b) Air kosong @ Teh O @ Kopi O – tanpa gula

 

 

Makan Tengahari

 

12.00 – 1.00 petang

 

3 exc bijirin

2 exc daging

3exc lemak

1 exc buah

 

a) 1 ½  cawan nasi putih/ mihun/ kuey teow/ mi

b) 1 ketul/ keeping sederhana (60g) ayam @ ikan @ daging

c) 1 cawan sayur daun @ lebih – dibenarkan menggunakan 3 sudu teh minyak masak

d) Air kosong

 

 

Minum Petang

 

4.00 – 5.00  petang

 

2 exc bijirin

1/2 exc susu

 

a) 2 keping roti gandum @ 6 keping biskut krim kraker

b) 2 sudu makan bumbung susu tepung rendah lemak @ skim – tanpa gula

 

 

Makan Malam

 

7.00 – 8.00 malam

 

3 exc bijirin

2 exc ikan

3exc lemak

1 exc buah

 

 

Jenis makanan dab sukatan sama seperti makan tengahari.

 

Minum Malam

 

10.00 – 11.00 malam

 

1 exc bijirin

1/2 exc susu

 

a) 1 keping roti gandum @ 3 keping biskut krim kraker

b) 2 sudu makan bumbung susu tepung rendah lemak @ skim – tanpa gula

 

*pilih hanya 1 pilihan dalam kategori yang sama*

Say NO To Diabetes Semasa Mengandung

Gigih saya menaip jadual ni tau sebab nak share dengan semua 🙂 Dietitian ni kata saya masih ditahap yang ok lagi. Alhamdulillah lega rasa hati. Seeloknya cuba kawal la pemakanan sebab ditakuti kalau tak dapat maintain berat badan, ada kemungkinan diabetes ni berterusan sampai bersalin. Ya Allah minta dijauhkanlah.

Antara makanan yang sedap..dap..dap..yang patut saya jauhi Say NO.. NO.. NO to..

  • Air yang bergula2 (terpaksa lupakan ABC.. DEF yang sedap tu semua.. nasib baiklah saya dah lama lupakan air gas)
  • Jus2 buah2an kat kedai2 makan
  • Segala macam susu ibu e.g Anmum Materna, Enfamama tu semua (tinggi karbohidrat)
  • Kuih2 manis
  • Kuantiti buah2an yang terlalu banyak
  • Fast food
  • Sea food.. ermmmm banyak lagilah

INGAT DIABETES.. LUPAKAN YANG LAIN 🙂

Sebaiknya saya kena makan ikut jadual kat atas tu. Tak tahulah sampai bila saya boleh bertahan. Harap2 bukan hangat2 tahi ayam je ni. Baru satu hari setengah mencuba alhamdulillah tak ada masalah. Long way to gooooooooooooooooooooo 🙂 Untuk kesihatan saya dan baby insya’Allah saya cuba sebaik mungkin. Semoga usaha saya diberkati. Doakan saya diabetes menjauhkan diri dari saya ye kawan2 🙂

Baca juga: Menu & Jadual Makan Ibu Mengandung Yang Mengalami Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

Jom follow page HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

12 Comments

  1. apak cikidong

    tapi kena amik gak skit benda2 yg bergula kan….

    • Hernee Nazir

      a’ah kna gak..cam buah2 pn ade mnisnye sndiri..cume x leh lbih2 sgt la..

  2. Ammy

    chokolet.. gegula.. segala apa yg manis tue sume sedap..

    gud luck babe..!! hehe

    • Hernee Nazir

      tu smua dugaan ammy oi..hehehe..kang mkn lbih2..mncanak lak bsp..hehehe..nsib baik skrg x bminat ngn coklat..

  3. ArdiniHumaira

    salam, kak..
    huuu dni lama tak datang cni.. ingat akak tak update.. dni follow blog ni tapi tak masuk dalam all blog update lak. nape ek.. huhu.. terlepas la dni entry2 akak… so sorry :'(

    p/s: jaga kesihatan elok2 tau kak untuk baby 🙂

    • Hernee Nazir

      it’s ok dni..maybe url dni kna update kot..kwn2 akk rmai gak kate akk x update tp dh bransur mngupdate dh skrg..hehehe

      thanks dni..doakn akk n bby sihat ye 🙂

  4. ralf

    moga sihat sokmo dengan Amalkan gaya hidup sihat :
    1. Pemakanan Seimbang (Karbohidrat, Vitamin, Protein, Lemak)
    2. Hindari tabiat yang memudaratkan (rokok, dadah, alkohol)
    3. Kebersihan (diri, pakaian,tempat tinggal)
    4. Rehat mencukupi (tenangkan minda, tangani stress)
    5. Senaman (kekal aktif & cergas)

  5. mamacergas

    Saya ada jual vitamin yang boleh merawat diabetes.

    • Hernee Nazir

      alhamdulillah diabetes sy ade mse pregnen jek.. 🙂

  6. adaa

    just nak share, saya dulu kene GD 2 kali masa pregnant..tapi GD saya sgt terkawal, sekali je minum air gula, pastu takyah jumpa doktor dah..bg ibu2 yang alami masalah yg sama, sy recommend bnykkan fiber mcm yg doc suggest,,saya consume fiber shaklee masa tuu smp skang sbb best hihi baby pon kuar x besar sgt :)..sgt2 puas hati..

    • Hernee Nazir

      o ye ke..next baby nk try la 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *