Dania in Da House ;)



Dania in Da House 😉, originally uploaded by herneesamshudin.

Malam Jumaat lepas Dania, Ummi dan Abah dia datang ke rumah. (wahh dah seminggu rupanya gambar terperap) Dah berapa bulan tak jumpa haruslah rindu dengan anak buah yang comel ni. Tapi Dania biasalah mula2 enjin belum panaskan, hulur tangan ke apa ke semua tak nak. Masa saya tengah berbual dengan Umi dia, dia duk lah menenung muka saya. Serius habis muka budak kecil ni hehehe. Dah lama2 umpan henpon haaa barulah dia nak senyum. Tiba2 keluar suara dia sebut ‘mi..mi..’ panggil Ummi dia. Comellah Dania.. ni yang bertambah geram dengan Dania ni tau. Dalam pukul 12 macam tu diorang pun beransur balik meninggalkan saya yang sedang kediarrheaan khamis lepas. Semua gara2 terpelahap masa makan mee bandung agaknya. Merana satu hari sakit perut 🙁

*** tak sukalah kalau tidur awal2 sangat..malam2 terjaga susah nak lelap balik..esok pergi kerja dengan mata panda :p ***

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *