Menu 13 Ramadhan Punya Cerita

Semalam plan asal malas nak masak sebab dari pagi sampai petang tak ada idea nak masak apa. Beriya call En. Nazir ajak pergi beli je. Tapi masa on the way balik tu, tiba2 rasa bersalah pula kalau tak masak. Terus singgah kedai beli sotong sikit dan ikan kitang. Sayur memang ada stok sikit kat rumah jadi tak perlu membazir nak beli. Masak simple je semalam main campak je la.

Dan hasilnya.. taraaaa..

Ikan kitang goreng tawar..

..cicah kicap (potong lada + bawang + perah air limau)
Ada siapa2 yang tak kenal ikan kitang? Ikan ni memang sedap. Kalau yang kecil2 fresh dari laut tu memang manis rasa isinya. Masak asam pedas pun sedap. Selalunya ikan kitang ni senang jumpa kat kampung2 la sebab nelayan dari laut biasanya terus hantar ke kedai untuk dijual. Saya memang dari kecil dah terbiasa makan ikan ni. Selain dari lauk di atas, saya juga sempatlah masak..
Sambal Sotong
Sayur sawi goreng..
Itu saja juadah berbuka puasa semalam dan tambahan 2 cucuk hati dan pedal ayam sambal yang dibeli. Hari ni masih mencari2 idea untuk masak petang 🙂



©Hernee Nazir – Tiap2 hari fikir nak masak apa.. macam nilah hidup mak2 kita sebagai suri rumah kan..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!