Alhamdulillah.. Si Ayu Tak Gembeng Kat Sana..

Family
Dah masuk 4 hari makcik ni tak ada kat rumah. Mana dia pergi? Hmm.. dia pergi Kursus Usahawan Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Melaka. Ayu pilih untuk ambil  Pengurusan Salon  Muslimah tak silapnya. Kursusnya kat Jasin, Melaka selama 5 hari. Hari Isnin pergi, insya’Allah hari Sabtu ni balik la. Tapi dia punya sedih masa beberapa hari sebelum nak pergi mengalahkan pergi Jepun tak balik 15 tahun. Dia kata sedih nak tinggalkan ayah dan kakak2 terchenta ;p Apa2 je lah Ayu oi.
Malam sebelum pergi tu dia duk melayan perasaan sorang2. Saya faham perasaan dia cuma sebagai kakak merangkap mak, saya kena control cun tak nak menangislah konon2nya. *Keluarga Neng Yatimah memang macam ni*
Tiap2 hari ni dia merepot apa aktiviti kat sana. Alhamdulillah dia ok kat sana. Tak ada cerita air mata. Tiap kali call suka je bunyinya. Sampai dia keluarkan statement, “Rugi Long kalau aku tak pergi kursus ni” Haa tau pun, kan dah bagitahu awal2 kena korban sikit kalau nak berjaya.

Lepas Ayu habis kursus 5 hari ni, dia akan masuk kelas praktikal selama 3 bulan di Taman Daya, JB.  Dia akan stay kat rumah Makcu. Dia akan dididik oleh seorang Mentor yang memang ada salon kat area Taman Daya. Wah dah macam Mentor TV3 pulak. Nasib baik tak kena vote hehehe.
After 3 months practical, kerajaan akan bagi peruntukan peralatan salon untuk student tadi set up bisnes sendiri. Harap2 kursus ni dapat membantu masa depan Ayu. Dia ada juga apply Politeknik tapi tak ada rezeki. Kebetulan kursus ni Makcu rekemenkan tu yang dia cuba tu.
Banyak juga kursus yang lain antaranya seni kecantikan, membaiki hand phone, masak2, fotografi dan lain2. Kata Ayu, “Long, suruh la Abang Nazir ambil kursus fotografi.. peruntukan kerajaan bagi RM5 ribu setiap sorang tau” Bunyi macam menarik, tapi takkan En. Nazir nak cuti kerja 3 bulan kot ngeeee~ Lepas tu saya duk fikir2 En. Nazir belia lagi ke? hehehe. Rupa2nya masih belia cuma tak muda je kikiki. Had umur belia 12 tahun hingga 40 tahun kan? Correct me if I’m wrong ;p
Layanlah gambar2 Ayu masa majlis nikah Mok De.

Dania, Che Ayu & Makcu.. Firdaus separuh ;p

Dania, Che Ayu &Nuril separuh juga ;p
Che Ayu & Kak Long

Che Ayu & Kakak.. Umi Dania

Che Ayu, Firdaus & Che Ngah

Che Ayu, Aid & Che Ngah

Ijah, Che Ngah, Che Ayu & Ila

©Hernee Nazir –Lepas ni boleh cuba skill Ayu la pulak hehehe..

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!