Last week keluarga kami bertambah, Mok De (mak cik) dan Abang (sepupu) bertemu jodoh. Alhamdulillah. Majlis nikah Abang diadakan di Masjid Kg. Sawah, Pekan Nenas. selepas solat Isyak. Dah dapat orang sana, haruslah nikahnya pun kat sana.
29 June 2010
Pengantin pertama.. Hazri & Siti Khadijah
Gabungan dua keluarga.. Tak ramai sangat yang mengikut rombongan kami..
Sebelum balik sempat lagi posing 3 beranak. Ayu tak ikut, nak jadi anak dara pingitan agaknya duduk rumah hehehe.
Dalam hati ayah “Nape la dengan anak aku sorang ni” hehehe
Tambah lagi sorang Pok Teh..
Dengan pengantin pulak.. tapi pengantin perempuannya tak join.. ditambah lagi bakal pengantin aka photographer jemputan.. En. Kakakmarul..
Tambah lagi ahli.. Tok Busu dan Yin..
Last but not least.. credit to Kakakmarul yang sudi snapkan gambar kami ni..
Pengantin lama ;p
3 July 2010
Mok De dan Pok De baru..
Hamidah & Zabahar..
Majlis nikah diadakan di Masjid Al-Irsyad Desa Paya Mengkuang lepas solat Isyak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. En. Nazir kerja malam, jadi assistant dia je la yang wujud tolong snap2 suka2 hati ;p
Keluarga yang riuh rendah..
Saya dan Mok De..
Saya dan sepupu sepapat tersayang..
Banyak lagi gambar2 tapi malas nak upload. Cukuplah yang ada ni. Majlis persandingan Abang insya’Allah 18 Julai 2010 ni.
Buat dua2 pengantin..
Semoga berbahagia dan jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat.. Amin..
©Hernee Nazir – Minggu ni ada jemputan kahwin Jijie & Epy.. tak tahu lagi dapat pergi ke tak..