Alkisahnya adik saya Anna tangan kirinya terkehel minggu lepas. Bila pergi jumpa tabib, dia kata tangan Anna retak. Sekarang ni dah berbalutlah pergelangan tangan kiri dia.
Nak tidur pun kena jaga betul2 takut tertindih.
Elok je masa pergi rumah pengantin sedara kami minggu lepas, jumpa dengan bapa pengantin, tup2 bapa pengantin tepuk bahu kiri dia. Dia kata sakitnya macam nak putus tangan. Pakcik ni tak tahu yang tangan dia berbalut, dia pun dengan semangatnya berbual sampai tertepuk bahu Anna.
Punca keretakan rumahtangga tangan si Anna ni ialah disebabkan kesilapan teknik ketika memakaia jam. Entah macamana entah gaya minah ni pakai jam sampai boleh retak tangannya tu.
Sekarang sila makan ubat2 tu ya Cik Anna semoga cepat sembuh. Nasib baik la Ayu dah berhenti kerja, ada la juga back up kat rumah tu. Apa yang penting, kami bertiga mesti sentiasa bekerjasama 😉
[auto publish]