Asam Pedas Sembilang

Harap maaf entry makan-makan menyerang anda

Semalam balik ke rumah jadi ‘Datin’ sekejap. Semua makanan dah siap dimasak hasil kerajinan En. Nazir. Itulah hasil asam pedas yang dia masak. Not bad. Yang penting tak hanyir. Dah pandai dah dia masak. Sayur yang saya selalu masak pun dia dah pandai buat. Siap goreng ikan kering sepat lagi. Bukan saya yang paksa dia masak ye. Dia yang rela hati nak buat semua tu. Lepas maghrib kami membedal semua lauk yang ada. Alhamdulillah, rezeki. Kenyang perut terus ke rumah emak sambil-sambil memborong tudung yang Mak Anjang saya jual. Wah dah jadi peniaga pula dia. Siapa lagi nak support bisnes family kalau bukan family sendiri. hehehe~

[Nota Biru Untuk Makcu: Jangan kecur air liur tengok asam pedas sembilang, nanti orang suruh Nazir ajak Pakcu mancing kat sana.hehehe~]

post signature

8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!