Sehari Sebelum Raya

Sehari Sebelum Raya | Assalamu’alaikum. Cerita sehari sebelum raya. Ummi dan Babah memang ambil cuti awal sehari untuk preparation raya. Almaklumlah kalau turn beraya Gelang Patah memang konfemlah Ummi masak sendiri. Kalau nak half day memang haru biru tak siap masak kang hehehe. Pagi Ummi dah start berkampung kat dapur. Babah tolong kemas rumah dan buat apa yang patut. Sebelum Ummi bersilat, sempatlah gunting rambut dulu then turn Syahid dibotakkan untuk kali ketiga.

IMG_20190604_113245

Turn ketiga, turn Tok Beng dipotong rambutnya okleh Babah The Barber. Dah jimat kos Tok Beng tak payah ke kedai.

IMG_20190604_174047

Ummi busy kat dapur, Abang Ilham biasalah main dengan kekawan, Babah dan Syamil sempat lagi praktis memanah. Hamboiii. Syahid syok tidur.

IMG_20190604_201813

Malam Babah layankan diorang nak main bunga api. Pelita tu Ummi belikan di Mr. DIY buat-buat ada.

IMG_20190604_201839

Suka la diorang, siap ajak kekawan sekali.

IMG_20190604_204011

Tok Ayah pun sempat datang menjengah. Sambil-sambil tu Ummi isi la kuih raya dalam balang. Balang Ummi pun dah kelaut dah. Ada yang tak cukup. Lantak le situ kan. Tahun depan Ummi upgrade balang baru hahaha, Kekonon nak teruskan masak ayam masak merah, sudahnya mata pun dah kelat hajat nak stay up terkandas subuh baru sambung masak. Syamil dah risau, dia kata macamana nak raya rumah kita tak kemas. Padahal Babah dah kemas dah cuma tak banyak apa yang Ummu ubah. Tu yang dia nampak macam tak raya je hahaha. Alhamdulillah semua siap walau tak on time hehehe. Itulah cerita sehari sebelum raya,.

63 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 thought on “Sehari Sebelum Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *