Ramadhan Al-Mubarak

Kuih Raya 2019

Kuih Raya 2019 | Assalamu’alaikum. Ehhh saja je last minute nak tayang kuih raya Ummi hehehe. Tak banyak mana pun, kuih yang Ummi suka je Ummi beli. Kalau kerepek, kerepek yang anak-anak suka je.

All time favourite, Double Choc Cookies, Oat Cornflakes Cookies dan Walnut Chocolate Chips dari Midnight Baker aka BFF Ummi Auntie Ekin. Walau dia jauh di KL, tetap nak order dari dia.

Aneka kerepek dari Salleh Food. Beriya kau aneka. Padahal ada tiga jenis je kahkahkah.

Tart Mawar 3 balang dan Ombak Rindu 1 balang dari Premium Homemade Cookies. Memang dua jenis ni rasanya favourite cookies Ummi dari Premium Homemade Cookies. Tart beli lebih sebab tuan rumah makan boleh habis sebalang. Sekarang ni pun dah suku habis sebalang tu hahaha.

Ohhh kerepek pisang tanduk tu Ummi beli 3 bungkus. Dah lesap masuk perut anak beranak 2 bungkus hahaha. Ummi tambah lagi beli dengan Mommy Ngah pulak. Kenapalah kerepek pisang tanduk tu sedap sangat, kan dah termakan awal hahaha.

Setakat 29 Ramadhan ni itu je lah kuih raya kami. Kek lapis ada seketul belum ambil pada Mak Jemah’s Kitchen. Tunggu raya. Korang banyak ke kuih raya?

46 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *