herneenazir.com Support Bangsa Johor Jom Baca (23 April 2019 | 11am – 11.10am)

Assalamualaikum..

Bersempena dengan program BANGSA JOHOR JOM BACA, Ummi juga tak ketinggalan menyokong program yang baik ni walau hanya di rumah.

Sementara Ilham Syahid tidur, sempat juga Ummi luangkan masa untuk memberi sokongan kepada program ini. Memang banyak buku-buku dan novel Ummi beli tahun lepas yang masih tergendala bacaannya.

Jadi dikesempatan ni Ummi sambung semula sesi pembacaan. Bukan hanya 10 minit tapi berminit-minit 🤭🤭. Dari 10 minit tu lah menjadi titik tolak untuk kita konsisten membaca. Jadikan amalan membaca tu satu amalan setiap hari. Ummi memang menggalakkan anak-anak membaca buku sejak dari kecil walaupun mereka belum mahir dan faham. Alhamdulillah The Ilhams memang suka cari buku kalau kemana-mana. Semoga istiqomah.

Jom teruskan membaca!

herneenazir[dot]com support BANGSA JOHOR JOM BACA

p/s Baca buku rajin.. baca Al-Quran pun mesti berlipat kali ganda rajin ok!

187 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “herneenazir.com Support Bangsa Johor Jom Baca (23 April 2019 | 11am – 11.10am)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *