Pagi-pagi Kak Mek Dah Kena Game!

Ummi Ilham at Work

Assalamualaikum..

Hiburan di pagi hari. Kesian Kak Mek, pepagi dah kena game! Siapa yang tukang buat propa ni? Tak lain tak bukan Uncle Nazam la. Ummi sampai office agak lewat hari ni. Biasalah masa budak cuti sekolah la boleh lenggang kangkung bersiapa pagi. Kalau tak pukul 7am dah terpacak kat office.

Lepas masuk office, terus ke cafe nak cari sarapan. Sekali Kak Umi dan Nadzirah buat muka terkejut nampak Ummi. Ummi pun terkejut beruk gak hahaha. Kak Ummi kata, “Nazam kata ko dah bersalin pukul 3 pagi tadi”. Kahkahkah terus Ummi tergelak sambil membebel kat si Uncle Nazam yang berada di meja sebelah. Rasa nak terberak dengar berita tu oiii. Seriau mak!

Baru je nak duduk makan, saja jengaha phone. Sekalia dapat pula whatsapp dari Kak Mek ni.

Hernee
Tahniah
Gegel juga akhirnya

Ummi dah gelak dah. Ni tak lain tak bukan kena game juga ni dengan Uncle Nazam. Tunjuk whatsapp pada Kak Umi. Ehhah sambung bebel kat Uncle Nazam. Kurang asam betul. Memain eh. Esok audit oi. Dah la Ummi cuak nak audit, dia boleh psycho pasal bersalin pula. Cepuk kang! Ni Kak Mek kata kekawan da tahu Ummi bersalin baby girl hahaha. Mahu lunch hour ni kang ramai terkejut beruk Ummi ada lagi terkedek-kedek kat office hahaha.

Doakan Ummi dan baby sihat dan selamat bersalin ya kawan-kawan. Mohon doakan biar baby betul-betul matang baru bersalin secara normal tanpa sebarang komplikasi. Bagi la dua minggu lagi genap 37 weeks. Bagi Ummi last chance prepare apa yang patut. Walaupun memang rasa nak seret kaki je berjalan time ni hehehe. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Aamiin.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Pagi-pagi Kak Mek Dah Kena Game!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!