Info Sharing

TULIS ~ Peraduan Penulisan Mandiri (21 Nov – 7 Dis 2018)

Assalamualaikum..

Ummi nak share lagi.. peraduan penulisan mandiri #TULIS anjuran Poets Passport MY dan JB Poets Society dan disokong oleh De’Press Art dan Makhluk Seni.

Should I try? Ecehhhh.. bakal difikirkan. Rasa macam nak mencuba. Why not kan. Mana tahu ada terselit rezeki baby. Korang yang berbakat dalam bidang penulisan cerpen, puisi, certot bolehlah emailkan karya korang ke poetspassport.my@gmail.com. Enam (6) orang pemenang akan dipilih dan pengumuman akan dibuat pada 9 Disember 2018 dalam program #BACA di Puteri Harbour, Iskandar Puteri. Jom apa tunggu lagi!

Boleh baca syarat dan peraturan di bawah ni ya. Credit info di page Puteri Harbour. Good luck uols! 😉😉


#TULIS merupakan pertandingan penulisan mandiri (indie) sempena Iskarnival Main-Main yang berlangsung sehingga 7 Disember 2018. Dua pemenang dari setiap kategori akan memenangi hadiah wang tunai!

Kategori yang dipertandingkan adalah:

i) PUISI
ii) CERPEN (2500-5000 patah perkataan)
iii) CERTOT (200-500 patah perkataan)

Karyawan mestilah dari Johor atau yang menetap di Johor kerana pemenang akan diumumkan sempena acara #Baca pada 9 Disember 2018 yang bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

Selain hadiah wang tunai, karya pemenang juga akan diabadikan di dalam sebuah zine yang bakal diterbitkan oleh De’Press Art.

Berminat untuk menghantar karya anda? Sila e-mel puisi, cerpen ataupun certot anda bersama NAMA PENUH (dan NAMA PENA sekiranya ada), ALAMAT dan NOMBOR TELEFON kepada poetspassport.my@gmail.com sebelum 7 Disember 2018.

1) Tema adalah bebas.
2) Tiada limitasi untuk jumlah karya, anda boleh kirimkan seberapa banyak karya yang anda mahu.
3) Mestilah menggunakan ejaan perkataan penuh seperti di dalam kamus dewan bahasa. Singkatan tidak dibenarkan.
4) Karya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris sahaja akan diterima.

#TULIS dianjurkan dengan usahasama Poets Passport MY, JB Poets Society, De’Press Art dan Makhluk Seni.

#LuaskanKataMu #tuliskarnival #Iskarnival2018 #mainmain2018 #puteriharbour #iskandarputeri

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

2 thoughts on “TULIS ~ Peraduan Penulisan Mandiri (21 Nov – 7 Dis 2018)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *