Assalamualaikum..
Cerita dua minggu lepas. Ummi dan Babah menghadiri Majlis Gotong Royong Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah Abang Ilham. Kami sampai agak lewat sikit sebab syok sangat bersarapan di Warung Poyot hahaha.
Masa Ummi sampai ibu-ibu dah start bergotong royong- memotong kain untuk dibuat alas meja. Ibu-ibu yang ada mesin jahit cikgu minta bawa sekali untuk bantu menjahit alas meja. Ummi dah lama tak jengah mesin jahit arwah mak tu hehehe.
Abaikan muka Ummi tu ya. Sila fokus pada ibu-ibu yang rajin kat belakang tu.
Budak ni macam biasalah berkepit dengan Ummi.
Babah tolong tambak pasir di padang dan lepas tu tolong cikgu-cikgu lelaki siapkan board.
Gigih ibu-ibu ni semua menjahit. Ummi mampu tolong potong kain je la. Tak confident nak tolong jahit hehehe. Tengah ibu-ibu syok mejahit, berhenti waktu rehat dan perasmian majlis.
Senyap-senyap Ummi sembunyi belakang tiang dan skodeng Abang Ilham ekeke. Itu dia ditengah kawan-kawan. Kemain syok makan sambil berbual.
Sekali dia lalu tepi terkejut tengok Ummi tengah snap gambar dia hahaha. habis sepinggan nasi ayam. Ehhh kemain kat rumah tak pedas tak nak makan. Kat sekolah pandai nak hidup hehe.
Kemain lenggang kangkung masukkan pinggan dalam besen.
Mesti dalam hati dia, “Amboi Ummi spot check habis” hahaha.
Lega hati tengok pandai berdikari.
Tak puas kat kantin, Ummi skodeng kat dalam kelas pula. Entah apa la dia buat dengan kawan dia tu hehehe.
Majlis perasmian pun bermula dengan ucapan jemputan khas YDP PIBG dan guru besar. Alhamdulillah ini event pertama yang kami join bila Abang Ilham dah mula sekolah di sini. Mudah-mudahan dapat join lagi event PIBG akan datang. Lepas majlis perasmian, ibu ayah sambung kerja lagi sampai anak-anak balik dari sekolah.