Blogger Review

Homestay Bonda Taman Bayu Damai Pengerang Kota Tinggi

Assalamualaikum pembaca blog chokia Ummi 😉

20180406_162250

Ini kisah awal bulan. Kami sekeluarga ke Pengerang, Kota Tinggi untuk majlis bertandang Mama Cu dan Uncle Cu.

20180406_150457

Mula-mula Babah suruh Ummi yang drive sebab dia pening kepala. Mak Yah la jadi Ummi punya co-pilot. Sekali dah separuh jalan nak masuk tol Bandar Penawar hujan lebat gila. Maka bertukarlah driver. Sampai-sampai Pengerang kami terus tuju rumah pengantin sebelum check in Homestay Bonda Taman Bayu Damai.

P_20180406_171725_vHDR_Auto

Datang ke rumah pengantin masak menu mak-mak haruslah gempakkan. Terus lupa diet bila nampak batang keladi masak asam ni hoiiii. Huwaaaaa macam nak nangis sambil makan dia punya sedap hehehe.

P_20180406_171734_vHDR_Auto

Jeling sebelah ada ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis. Aduhai. Babah pun menggeleng kepala hahahaha. Sedapnya sambal tumis tu. Masih terasa lagi kat tekak.

P_20180406_173108_vHDR_Auto

Ini pun satu lagi tak boleh dilepaskan. Asam pedas ikan mayong. Ummi duk meratah kepala ikan hoi. Kenapalah ko sedap sangat. Lepas makan relax kejap terus check in homestay. Sebenarnya Ummi terlupa snap gambar rumah dari luar hehehe.

Jom kita tengok segenap pelusuk rumah hehe.

P_20180406_181012_vHDR_Auto

Ruang tamu.

P_20180406_181031_vHDR_Auto

P_20180406_181023_vHDR_Auto

Ruang menonton TV. Ruang tamunya memang luas boleh stay lebih dari 3 keluarga.

P_20180406_180937_vHDR_Auto

Bilik pertama.

P_20180406_180944_vHDR_Auto

Bilik kedua.

P_20180406_181053_vHDR_Auto

Bilik ketiga.

P_20180406_181027_vHDR_Auto

Tambah single bed i hujung ruang tamu.

Setiap bilik dibekalkan dengan dua single bed (katil bujang). Bilik pun ok la tak kecil sangat, tak juga luas sangat.

P_20180406_181309_vHDR_Auto

Ruang makan, berhadapan pintu utama.

P_20180406_181041_vHDR_Auto

Paling best dapurnya besar dan selesa. Kalau nak masak pun boleh. Ada kemudahan seperti peti sejuk, dapur, tong gas, periuk, pinggan mangkuk dan lain-lain. Tapi Ummi tak masak pun. Babah je masak maggi hahahaha.

P_20180406_181115_vHDR_Auto

Tandas pertama.

P_20180406_181519_vHDR_Auto

Tandas kedua.

P_20180406_181513_vHDR_Auto

Mesin basuh pun ada tapi tak dan la Ummi nak membasuh. Lagi pun sabun tak ada hehehe.

P_20180406_181501_vHDR_Auto

Amanat dari tuan ruamh hehehe. Sila jangan membazir. So far Ummi rasa ok sangat stay sini. Luas dan selesa untuk kami. Yang stay sini kami empat beranak, Mama Cu, Uncle Cu dan Mak Yah. Memang puas hati la dengan harganya. Kemudahan semua tak jauh, kedai runcit, kedai makan, masjid dalam satu taman. Kalau korang ke Pengerang nak lepak-lepak pantai, tetiba semua chalet dah penuh boleh je korang check in kat sini. Subject to availability la ya. Pantai Tanjung Sepang tu dekat depan taman ni je dekat bebenor. Ehhh nanti Ummi sambung cerita kami di Pantai Tanjung Sepang ya.

Okbai!

HOMESTAY BONDA TAMAN BAYU DAMAI

Untuk tempahan, sila hubungi:
Iskandar 017-7878810

Harga – RM250 per night

Share this nice post:
Tagged , , , , , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

3 thoughts on “Homestay Bonda Taman Bayu Damai Pengerang Kota Tinggi

  1. Terima kasih kerana memilih HomeStay Bonda untuk percutian Cik/Puan sekeluarga.

    Harap berpuas hati & sudi datang lagi untuk percutian akan datang 😊

    Owner HomeStay Bonda
    Pn Faridah Binti Mohamad
    W/A +60137274847

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *