Sesi Taklimat Ibu Bapa & Pembelian Buku Darjah 1

05/01/2018

20171230_082657

Cerita Abang Ilham lagi. Sila jangan jemu. Almaklumlah anak pertama baru masuk darjah 1. Haruslah Ummi simpan kenangan ni dalam blog. Hari Sabtu lepas, sesi taklimat ibu bapa dan pembelian buku bagi murid tahun 1. Babah dan Abang Ilham dah menonong jalan ke depan tinggalkan Ummi dan adik.

20171230_082706

Ummi terpaksa layan budak kecil ni yang terkedek-kedek. Seboleh-boleh nak bawa beg Star Wars dia tu. Lagi tambah lambat dia tak nak pakai sandal dia, dia nak pakai kasut sekolah abang. Ya ampun, kaki awak tu comel dik. Tapi tak nak menghampakan dia, Ummi layankan jek lah.

20171230_082838

Sesampai di kelas darjah 1, abang pun cari tempat duduk. Tapi muka agak kurang redho sebab dapat duduk sebelah girl hahaha. Ummi dah agak mesti dia tak suka ni hahaha. Takpe duduk je dulu.

20171230_083124

Inilah budak yang berangan sesangat nak pergi sekolah tu. Beg dan kasut lebih besar dari tuannya.

20171230_08322220171230_083330

Keadaan dalam kelas, ibu ayah sibuk menyusun kedudukan anak-anak hehehe.

20171230_083921

Sebelum Ummi dan Babah tinggalkan Ilham dengan cikgu dan kawan-kawan di kelas untuk buat simple test, sempat juga Ilham beralih tempat semeja dengan kawan-kawan lelaki. Muka masih blur sebab kiri kanan kawan-kawan baru. Kawan-kawan PASTI semua sekolah lain hehehe. Ummi tinggalkan je dia walaupun muka dia tak redho hehehe.

20171230_090251

Ummi, Babah dan adik dengar taklimat dari Puan Hawa Guru Besar, SKTD.

20171230_091349

Budak beriya nak sekolah dah tertidur. Penat sangat jalan tepi kaki lima hahaha. Baru dengar taklimat guru besar dah ternganga hahaha.

20171230_100907

Babah tengah gigih beratur untuk membeli buku dan pengambilan buku teks.

20171230_100757

Ummi dan The Ilhams duduk di hujung kantin. Tak nak menyesakkan ruang kantin yang sempit dengan kehadiran ibu ayah yang lain. Masing-masing nak berurusan dengan cikgu. Abang Ilham siap bekal buku Ajen Ali kesayangan dia. Siap bawa pensel warna sekali. Lain macam semangat duduk sekolah baru hahaha. Layankan je lah nak ambil mood dia tu. Siap urusan semua kami pun balik la. Nanti Ummi share cerita hari pertama persekolahan.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: