Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN – Menu of The Day 191117

Menu hari ni. Makan bertiga beranak. Ummi tak ada cuti masaknya la kan sebab ada budak dah cakap awal-awal nak suruh Ummi masak ketam yellow dia yang tak sudah-sudah tu hahaha.

Ni ikut tekak Ummi. Cendawan goreng tepung bestari versi pedas. Ummi tengah buat sambal kicap, sekali Syamil cakap.

“Syamil tak suka la Ummi.. Ummi makan je.. Babah suka ni”

Alahai rindu Babah le tu. Asyik suruh Ummi pergi ambil Babah je. Sabar dik sabar.

Ini pun ikut tekak Ummi. Ikan pekasam yang Ummi jimat cermat makan ni hahaha. Fuhhhh mantap.

Ni baru untuk diorang berdua. Ketam masak lemak. Ketamnya tak berapa nak besar sangat. Malas nak mencari kat Pendas sebab berdua Syamil je tadi. Lepas tu dia tidur, memang tak la Ummi nak turun cari ketam. Itu je lah menu kami tiga beranak.

Share this nice post:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *