Info Sharing, Projek Beg Sekolah

Projek Beg Sekolah 3 – Sesi 2017/ 2018

PBSDengan rasminya Projek Beg Sekolah musim ketiga dilancarkan!

Seperti musim-musim sebelumnya, kami mengalu-alukan penyertaan anda semua sebagai sukarelawan (focal person) untuk menjayakan projek ini.

Bezanya tahun ini Projek Beg Sekolah adalah rasmi sebagai sebuah NGO dan diharapkan ianya dapat memudahkan urusan sukarelawan seluruh Malaysia.

Ayuh!
Bertindak dan sertai kami. Walaupun kami tidak dapat membayar anda dengan wang ringgit, percayalah, anda akan merasa keseronokan dan kebahagiaan apabila menjadi sebahagian keluarga PBS.

PBS 3 poster

Hubungi nombor yang tertera di poster. Atau boleh PM admin page FB disini: https://www.messenger.com/t/ProjekBegSekolah

Jika anda tidak dapat menjadi sukarelawan namun berminat untuk menyumbang, boleh salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank 566010623957 di atas nama Pertubuhan Projek Beg Sekolah.

Ayuh, bantu kami sebarkan!

Salam mesra,
Hernee
Focal Person Projek Beg Sekolah
Kawasan Gelang Patah

LIKE & SHARE Facebook Page – PROJEK BEG SEKOLAH

>> PBS 3 di Harian Metro Online – Teruja umum musim ketiga PBS
Selasa, 7 November 2017 @ 10:19 AM

p/s Alhamdulillah tahun ke 2 Ummi terlibat menjadi focal person untuk Projek Beg Sekolah. Untuk sahabat-sahabat yang sudi memberikan senyuman kepada anak-anak yang memerlukan, teruskan menyokong usaha kami. Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

Share this nice post:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *