Info Sharing

Traveloka Flight Campaign: “Make 11.11 Fly!”

traveloka 1

Hai korang,buat apa tu? Apa? Tengah booking tiket penerbangan untuk percutian akan datang? Eh korang book melaui website apa tu? Meh sini Ummi nak kongsi dengan korang, website paling berbaloi untuk korang buat tempahan tiket penerbangan. Website apa? Traveloka la apa lagi.

Traveloka adalah sebuah laman web yang menyediakan kemudahan untuk menempah tiket penerbangan dan sekaligus korang boleh menempah hotel secara online. Dengan satu aplikasi ni, korang boleh pergi ke serata dunia. Semuanya hanya di hujung jari tau. Dah tak perlu bersusah payah buat tempahan di kaunter atau sebagainya. Dah ramai yang menggunakan perkhidmatan Traveloka ni. Rata-rata mereka semua memuji dan mendapatkan perkhidmatan dari Traveloka untuk percutian seterusnya. Dah la mudah nak buat tempahan, apa yang paling best ianya menjimatkan. Korang boleh dapat diskaun.

traveloka 4.jpg

Traveloka dengan kerjasama syarikat penerbangan di seluruh dunia sama ada tempatan mahupun antarabangsa seperti Air Asia, Malindo Air, MAS Airlines, Fire Fly, Tiger Air, Air Asia X, Korean Air, Citilink dan lain-lain lagi kini mengadakan kempen penerbangan “Make 11.11 Fly!” untuk membawa korang ke mana sahaja yang korang inginkan. Kempen ini berlangsung dari 10 hingga 12 November 2017. Tempahan minimum 2 tiket pergi dan balik dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Korang boleh terbang ke mana saja destinasi pilihan korang. Syok betul kan. Jangan lepaskan peluang ini tau. Tempahlah tiket penerbangan korang segera!

traveloka 9.jpg

Korang boleh semak sendiri di website antara “Top Flight Routes” yang paling popular pilihan pelanggan Traveloka. Antara laluan penerbangan paling mendapat sambutan adalah penerbangan ke Langkawi, Bali, Bangkok, Singapore, Penang, Taipei, Kota Kinabalu, Kuching dan banyak lagi.

traveloka 2.jpg

Traveloka juga bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan pembayaran yang sangat dipercayai untuk memastikan setiap transaksi berjalan lancar dan “worry-free”. Korang tak perlu risau. Dijamin duit korang selamat!

traveloka 6.jpg

traveloka 5

Antara promosi diskaun tempahan penerbangan yang sedang berlansung di Traveloka. Korang boleh dapat banyak lagi diskaun ke serata tempat di seluruh dunia tau. Ehhhhh, gatal tapak tangan nak tempah 2 tiket untuk Ummi dan Babah hehehe. Bukan senang tau nak dapat diskaun macam ni. Korang hanya boleh dapatinya di Traveloka.

traveloka 7.jpg

traveloka 8.jpg

 Untuk membuat tempahan, korang tak perlu risau kalau korang tak ada computer untuk akses website Traveloka. Korang boleh muat turun Traveloka Apps di smart phone korang melaui Google Play dan App Store. Caranya mudah saja,sila ikut langkah di bawah:

  1. Muat turun aplikasi Traveloka App paling terkini

  2. Cari dan tempah penerbangan

  3. Pilih cara pembayaran

  4. Klik “Apply” untuk halaman bayaran

  5. Masukkan kod kupon dan klik “Apply”

  6. E-Tiket akan dihantar ke Traveloka App dan email.

Tak susah pun kan untuk korang gunakan Traveloka App ni. Malah ianya akan membantu memudahkan lagi kerja korang tu. Korang boleh buat perbandingan harga tiket penerbangan on the spot dank orang pilihlah mengikut bajet korang.

traveloka 3.jpg

Ok sekarang Ummi nak kongsikan bagaimana korang nak buat tempahan tiket penerbangan dengan Traveloka ni. Korang hanya perlu memasukkan destinasi asal korang, destinasi yang korang mahu kan, tarikh berlepas, bilangan penumpang dan seat class. Traveloka akan mencari harga yang paling bersesuaian dengan apa yang korang ingin kan. Korang hanya perlu klik harga yang anda mahupun. mudah bukan?

Kenapa Korang Kena Buat Tempahan Penerbangan Denga Traveloka?

Pelbagai Pilihan Syarikat Penerbangan

Korang boleh cari dan bandingkan penerbangan dari Lion Air, Thai Air Lion, AirAsia, AirAsia X, Garuda Indonesia, Citilink, Sriwijaya Air, Jetstar, Wings Air, Xpress Air, Tigerair, Air Batik, Malindo Air, Kalstar Aviation, Trigana Air, Malaysia Airlines, Lufthansa, Thai Airways, KLM, Emirates, Etihad Airways, Bangkok Airways, Vietnam Airlines, Cathay Pacific, Air France, dan banyak lagi syarikat penerbangan lain dengan lebih 100,000 laluan di Asia Pasifik dan Eropah.

Jaminan Harga Terbaik!

Semua hargayang disenaraikan termasuk semua cukai, surcaj dan yuran pembayaran. Tiada caj tersembunyi! Dalam bahasa yang mudah, korang takkan terkejut la tengok harga akhir sebelum korang buat pembayaran kerana apa yang korang lihat pada awalnya adalah apa yang korang bayar pada akhirnya! Harga yang benar-benar jujur gitu tak ada yang terselindung ok.

Algoritma Pintar

Dapatkan hasil terbaik untuk harga, tempoh perjalanan, masa transit dan kombinasi penerbangan dengan teknologi pintar. Korang dah tak payah nak pening-pening kepala memikirkan perkara-perkara di atas. Semuanya akan diuruskan oleh pihak Traveloka.

Jaminan Transaksi Terjamin

Keselamatan dan privasi transaksi dalam talian korang akan dilindungi oleh teknologi yang diberi kuasa oleh RapidSSL. Korang akan menerima pengesahan segera dan e-tiket terus dalam e-mel korang. Korang hanyaperlu alert pada email yang masuk ke akaun email korang tu.

Pelbagai Pilihan Pembayaran

Jangan bimbang tentang pembayaran. Korang ada lebih banyak pilihan pembayaran dengan Traveloka. Korang boleh membuat pembayaran melalui Kad Kredit, Kad Debit, Perbankan Internet atau di 7-Eleven – tanpa sebarang yuran transaksi. Masih rasa susah membuat tempahan dengan Traveloka?

Smart Combo!

Yang ni lagi best, korang boleh jimat sehingga 40% pada penerbangan antarabangsa. Tempah tiket perjalanan melalui Traveloka App, pilih sebuah syarikat penerbangan bertanda “Smart Combo” dan jimat sehingga 40%! Banyak tu 40%, takkan korang nak sia-siakan penjimatan yang ditawarkan di Traveloka ni kan.

Lihat Tempahan Di Smart Phone

Zaman sekarang ni boleh dikatakan semua orang memiliki smart phone. Jadi ianya bukanlah satu masalah bagi korang untuk semak tempahan penerbangan korang di smart phone masing-masing. Apa yang penting korang muat turun Traveloka Apps. Masuk ke akaun Traveloka korang, kesemua butiran tempahan, e-tiket dan baucar hotel korang tu akan dibaca secara automatik dan segera diakses pada semua smart phone korang.

Mudah Untuk Menukar Jadual Penerbangan

Sekiranya ada hal-hal yang tak dapat dielakkan, korang boleh menukar jadual penerbangan dengan hanya beberapa klik sahaja. Ianya mudah dan sangat menjimatkan masa korang. Best ke tak best dengan Traveloka?

Testimoni Pengguna

clip_image020

“Loving Traveloka!!! Discount on the spot. Now I save RM252 with Traveloka!” – Sarra Nadia

“We decided to use @traveloka promo code for the first time.. Even cheaper! (Hust check their facebook page weekly for promo codes.) No credit card/ direct debit changes” – Nurul Eeman

Di atas ni antara testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan di Traveloka. Kan Ummi dah kata korang mesti tak menyesal menggunakan perkhidmatan Traveloka ni. Memang memudahkan kerja-kerja tempahan penerbangan mahu pun hotel. Korang boleh dapat harga lebih murah, jadi kenapa pilih yang lain?

Panjang lebar dah Ummi membebel. Korang jangan lupa tau.. tinggal beberapa hari saja lagi Traveloka Flight Campaign akan berlangsung.. Jangan lupa checkout Traveloka Make 11.11 Fly!!!

Traveloka Make 11.11 Fly.jpg

Traveloka.. Travel, Made Simple!

 Info lanjut layari website Traveloka:
https://www.traveloka.com/en-my

Instagram: @TravelokaMY
Facebook: www.facebook.com/TravelokaMY
Twitter: www.twitter.com/TravelokaMY

Muat turun Traveloka Apps:
https://www.traveloka.com/en-my/traveloka-flight-ticket-hotel-booking-app

Share this nice post:

Comments

comments

14 thoughts on “Traveloka Flight Campaign: “Make 11.11 Fly!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *