DDHN – Menu of The Day 291017

Menu Dari Dapur Hernee Nazir di hari minggu. Ummi tak boleh nak kata tidak bila Abang Ilham request nak makan ketam masak lemak. Gigih la Ummi Babah ke Kg. Pendas Baru cari ketam. Awal sangat sampai nelayan pun belum ramai yang balik. Dapatlah ketam yang tak berapa nak besar ni kan. Maka terhasillah..

Ketam masak lemak.

Bakchoi sos tiram.

Yang ni memang.. memang menghancurkan misi kurus Ummi hahaha. Ikan bilis goreng petai. Ya ampun.. bertambah-tambah nasi hoi.

Dan tambahan, ikan seliap goreng cicah kicap potong cili padi bawang dan perah limau kasturi. Alhamdulillah kenyang perut empat beranak. Budak-budak tu kalau lauk ketam of course la kan berkali-kali nak ulang makan. Korang masak apa hari ni?

Share this nice post:

2 Replies to “DDHN – Menu of The Day 291017”

  1. assalamualaikum hernee…ketam masak lemak mmg kena ada yer…feveret double ilham ni…

    1. waalaikumussalam ma..ye ma..tetiap minggu request..nasib la sini dpt ketam..

Leave a Reply