My Hero Kechik - Ilham Syamil

Tamatlah Percutian 5 Hari 4 Malam

Alhamdulillah Ilham Syamil dah beransur pulih. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian semua. Memang cemas juga Ummi bila tengok Syamil tercungap-cungap nafasnya. Memang dah boleh agak, konfem kami akan bercuti panjang di hospital ni. Ummi redho je janji Syamil dapat rawatan doktor.

Hari kedua di hospital. Monyok je, posing ala model gitu. Bangun tidur cari abang dan Babah.

Bila nurse masuk nak bagi neb, muka pun pasrah habis. Mamai-mamai kena neb. Kalau datang hangin dia nangis juga la tapi tetap redho kena sedut gas. Nurse puji dia tak meronta-ronta macam sesetengah budak. Syamil ni memang ada sifat cool sikit, mudah-mudahan sampai bila-bila pun jadi seorang yang cool ye dik.

Ummi orderkan koko krunch untuk breakfast. Senang hati makan atas katil. Kat hospital je boleh makan atas katil tau dik sebab tangan adik tu tengah attach dengan drip machine. Kalau kat rumah senang lenang makan atas katil macam ni hijau muka Ummi hahaha.

7df79147-9800-4de5-977c-bcfd53c7404b.jpg

Day 3.. boleh pula time Ummi nak snap gambar ni dia senyum hahaha. Ummi agak dia tengah mimpi “mandi pasir” ahahaha. Dia merengek nak mandi pantai, dia ingat janji Ummi. Sepatutnya Sabtu nak mandi pantai, sekali kita mandi kat toilet hospital je dik hahaha.

Masa ni abang datang dengan Babah. Ceria la sikit pakcik ni. Bila diorang balik muncung la semula.

Day 4.. sementara tunggu abang dan Babah datang, dia merengek ajak Ummi jalan-jalan. Jadi Ummi suruh nurse stop drip, bawalah dia ronda-ronda lobby hospital je hahaha. Itu pun dah buat pesakit sorang ni tersenyum.

Dia suruh Ummi snap gambar dia kat sini haha. Geram jek tengok kereta comel-comel tu. Petang Babah dan Abang Ilham sampai, sebelum diorang balik kami berempat lepak-lepak makan di food truck yang parking depan hospital hehehe. TQ Mama Jie inform pasal kewujudan food truck tu hehe.

Day 5.. pagi ni senyum meleret dengan nurse dengan doktor. Maybe dia dah dapat hint dan dengar conversation Ummi dan doktor pasal nak balik hehehe.

Dah siap mandi, pakai baju star wars dan seluar askar celoreng kegemaran hahaha. Rambut dah sikat belah tepi duduk berehat makan koko krunch sambil tunggu Babah sampai.

Masa ni nurse nak buka tangan robot Syamil tu hehe. Tag sebelah tangan kiri tu dia tak nak buka. Tag tu jam kata dia haha.

Happy sangat tau dapat balik. Dalam pukul 1pm kami dah siap nak check out. Fuhhh lega sangat. Ummi doakan adik terus sihat. Semoga Allah lindungi adik dari sebarang penyakit berbahaya. Ummi baca report doktor pun Ummi seram sejuk je, tawakkal je lah dik, Ummi Babah usaha bagi adik sihat.

Kalau sebelum ni doktor diagnose, Pneumonia & Bronchitis tapi kali ni bergabung terus namanya jadi Bronchopneumonia. Tapi Ummi dah check dah punca dan masalahnya sama je. Insha Allah Ummi akan tambah ilmu lagi supaya Ummi lebih bersedia nak mengahadapi situasi-situasi yang tak terduga.

Sanggup ok tak buka tag. Sayang betul “jam tangan” dia ni. Marah Ummi suruh nurse potong. Kata Babah “Dia ikut Ummi dia ni.. semua sayang.. semua nak simpan” hahahaha. Ummi gelak je sambil jawab “Sentimental value tu pada dia Bah.. kenangan duduk hospital”. Tak kisahlah dik janji adik happy dan lega dapat balik rumah. Mudah-mudahan adik sihat-sihat je ya.

Share this nice post:

Comments

comments

2 thoughts on “Tamatlah Percutian 5 Hari 4 Malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *