Aktiviti Hari Ini – 230917

Family's Activity

Kemalasan untuk mengupdate blog walaupun semuanya di hujung jari. Kita buat summary je ya untuk hari ni. Nanti esok Ummi update full story mory.

Pagi kami memenuhi jemputan dari Legoland untuk “Exclusive Media Premiere of THE LEGO NINJAGO MOVIE!” Ninja Ilhams memang enjoy! Thanks Legoland Malaysia! 

Dalam pukul 1pm lepas settled layan Ninjago, terus berdezup ke Kangkar Pulai. Majlis kahwin Aid sepupu Ummi. Dakam jam 3 lebih kami bergegas balik sebab dua-dua ninja dah merengek asyik tanya bila majlis ni nak siap hahaha. Suka hati dia je. Lagi pun Babah ada training volleyball memang tak boleh nak berlengah.

Sampai rumah rehat dulu sempat melelapkan mata kejap lepas tu ke masjid tengok geng-geng netball ada friendly match. Ummi tak main pun.

Oleh kerana Ummi tak main maka ada adegan yang menyayat hati. Budak ni mogok lalu merajuk membenamkan diri atas mozek sebab Ummi tak main bola hahaha. Aduhai Ilham.. Ummi awak bukan handal mana pun. Sudahnya nak bagi puas hati Ummi main baling-baling bola. Barulah hilang rajuknya. Hai lah Ilham.

Itulah ceritanya hari ni. Esok sambung bebel lagi. Nak tidur penat rasa tak sedap badan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!