My Pregnancy Journey | Selamat Berbahagia Adik Baby!

14/08/2017

Selamat berbahagia adik baby. Terima kasih sudi singgah sekejap dalam rahim Ummi. Ummi, Babah redho dengan ketentuan Allah. Bukan rezeki kita nak bersua di dunia. Doakan satu hari nanti Ummi dan Babah dikumpulkan dengan semua anak-anak kesayangan Ummi di syurga ya.

Abang Ilham pun sedih bila Ummi cakap adik baby dah tak ada lagi dalam perut Ummi. Dia macam tak percaya siap bagitau Syamil. Dia jerit “ini tak mungkin..ini tak mungkin..” sambil peluk perut Ummi. Ummi sedih tapi Ummi nak gelak tengok Abang Ilham punya aksi. Drama sangat! Ummi cakap kat dia Allah dah jaga adik baby. Alhamdulillah Abang Ilham faham kot.

Ummi sebenarnya tak nak nangis. Sebab sejak mula bleeding dari Ahad lepas tu Dr. Noraini dari Poliklinik Rozikin dan Dr. Ong dari Pusat Pakar Perbidanan Khor & Loh dah bagitau kemungkinan yang berlaku. Ummi Babah dah bersedia fizikal mental dah berdasarkan pengalaman lepas. Ikutkan kiraan baby sepatutnya berusia 8 minggu, tapi dari scan nampak macam baru 5 minggu. Doktor kata takut pembesaran baby tak mengikut progress yang betul. Tapi Ummi pegang kata Dr. Noraini sesungguh kejadian manusia tu semua kerja Allah. Hanya Dia yang tahu bila kejadiannya. Tak mustahil pembesarannya lewat tapi baby sihat. Dr. Noraini pesan juga jangan terlalu excited. Ummi sayang betul dengan Dr. Noraini ni, tenang jiwa pesakit jumpa doktor yang baik, friendly, murah dengan senyuman macam dia ni. Ummi doakan Dr. Noraini sentiasa di bawah rahmat Allah.

Ummi dan Babah punya instinct pun kuat mengatakan ada something wrong dengan pregnancy kali ni sebab rasa mabuk-mabuk Ummi tu macam tak konsisten. Teringat kata-kata doktor masa Ummi miscarriage dulu-dulu. Biar ada morning sickness yang teruk, itu menunjukkan pregnancy hormone kita aktif. Syukurlah Allah permudahkan adik baby keluar. Sebelum keluar janinnya Ummi rasa pendarahan yang banyak. Dalam hati dah boleh agak dah. Tapi Ummi tenang-tenang je. Masuk bilik sekali tiba-tiba Ummi rasa nak bersin. Masa bersin tu Ummi dah terasa something keluar dan betullah telahan Ummi. Adik baby dah selamat keluar dari rahim Ummi. Baik sungguh Allah mudahkan semuanya.

Kawan-kawan Ummi kata Ummi ni kuat. Sebab Ummi dah lalui 5 kali keguguran termasuk yang ini dan 1 kali pengalaman still birth kehilangan Ilham Syakir di usia kandungan 7 bulan. Rupanya Ummi ni perasan kuat je. Padahal hati ni tak berapa nak kuat. Hati tisu.. gembeng. Berjurai juga air mata Ummi. Alahai.. tenang-tenang je lah. Allah kan the best planner. Mana tahu Allah nak bagi baby girl kembar lepas ni ehhhh. Sempat berangan.

Untuk kawan-kawan dan saudara mara yang baru tahu Ummi pregnant tu sorry ya. Bukan nak merahsiakan, cuma memang awal-awal kehamilan ni tak elok terlalu excited. Memang dari pregnancy yang pertama dulu Ummi suka senyap-senyap. Cik Nah tukang urut pun dah pesan. Takut-takut ada orang berniat tak baik mengganggu ibu-ibu mengandung ni dan juga gangguan jin dan syaitan. Ummi bagitahu boss awal pun sebab takut apa-apa emergency berlaku di office.

Untuk kawan-kawan yang sedang hamil, teruskan perjuangan hingga ke proses kelahiran, semoga dipermudahkan urusan. Doakan Ummi sihat seperti sediakala ya sebab The Ilhams perlukan perhatian dari Ummi dia juga.

Untuk Babah be strong ya! Terima kasih jadi sumber kekuatan Ummi. Marilah kita terus berusaha menjalankan tanggungjawab untuk anugerah paling berharga yang ada ni dengan lebih sempurna. Allah bukan tak nak bagi lebih, Dia tahu kita mampu ke tak menjaga lebih dari dua orang buat masa ni. Chill ya!

Korang jangan bagi Ummi soalan cepu emas eh.. jangan kata Ummi tak jaga kandungan.. bla..bla..bla.. Semuanya Allah punya kuasa. Sekuat manapun usaha kita nak memiliki sesuatu tu kalau Allah kata ianya bukan milik kita maka takkan jadi milik kita. Kalau kita percaya kepada qada’ dan qadar kita takkan persoalkan kerja Allah.

Ok, doakan Ummi cepat sembuh ya. Selamat berpantang wahai Ummi Ilhams.

“Sometimes Allah SWT takes everything from you so that you may return to Him.”

Share this nice post:

9 Comments

  • Dilah

    14/08/2017 at 9:24 am

    Takziah kak Hernee.. Akak memang kuat. Bertuah kerana dipilih Allah untuk ujian sedemikian rupa. Allah lebih tahu tahap kemampuan akak. InsyaAllah, pasti ada hikmah yg lebih besar menanti akak nanti. ramai anak syurga akak menanti akak di Sana nanti.. take care kak h, rehat secukupnya ok….

    1. Hernee Nazir

      14/08/2017 at 10:38 am

      thanks dilah..insha Allah akak ok..

  • kisahsidairy

    14/08/2017 at 10:17 am

    be strong beb..insyallah,ada rezeki lain lepas ni.Kadang² bila fikir,biar dia pergi sekarang dari dia pergi waktu dia dah berada depan mata kita,Allah is the best planner..Aku pun jadi sebak bila fikir keadaan ko ni…memang nampak je murai,tapi dalam hati ada taman..macam tulah kita beb..Ko kuat!! aku tau ko kuat..Aku doakan lepas ni ko akan dapat baby girl..Jaga je menantu aku tu elok2 eh…Insyallah,cukup anak aku 5 tahun,aku terus ajar dia masak “AYAM RED”

    Baca tau komen aku ni,supaya ko boleh gelak sekejap

    1. Hernee Nazir

      14/08/2017 at 10:38 am

      kahkahkah..ko kan..buat aku gelak pepagi ni tau..mengekek sesorang kat klinik..

  • Alhamdulillah.. Complete Miscarriage – herneenazir.com

    14/08/2017 at 12:09 pm

    […] untuk kawan-kawan yang memberikan kata-kata semangat. Really appreciate it! Ramai juga yang view post Ummi. Thanks uolls! Entri tu bukan menagih simpati sekadar berkongsi rasa. Thanks kerana […]

  • Uyul Rosli

    15/08/2017 at 2:14 pm

    ummi mmg kuat! semoga allah gantikan yang lain ummi ilham.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    1. Hernee Nazir

      15/08/2017 at 5:40 pm

      aamiin..mudah2an yul..tq

  • Cik Ash

    16/08/2017 at 5:38 pm

    Takziah sis… semoga kuat deh..

    1. Hernee Nazir

      16/08/2017 at 8:15 pm

      thanks cik ash..insha Allah.. 😊

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: