Hari Raya Aidilfitri

Aidilfitri 2017 – Beraya Ke Muar

Cerita raya ke 4 kami beraya ke Muar. Memang rutin hari raya mesti beraya ke rumah Mok Teh Babah dan Pak Long Ummi. Tapi kali ni kami terus ke Jalan Abd. Rahman sebab Mok Teh kebetulan beraya ke Senggarang.

On the way je Muar tu berjanji dengan Ekin nak jumpa tepi jalan sebab nak ambil cookies yang sedap tu. Kalau terlupa ambil memang secoet jek lah kuih raya kami hahaha. Eh orang kat luar tu nak ngorat Ummi Ilhams ke? ekekeke.

Akhirnya kami berjumpa di kawasan depan sekolah area Simpang Lima. Maka beraya terpi jalan je la dengan Ekin. Tak sempat singgah beraya ke rumah Ekin sebab dia pun busy beraya hehehe. Puas hati kuih raya dah ambil. Ni Ummi repeat order lagi Double Choc Cookies yang sedap tu. Boleh tengok produk Midnight Baker din entri ini. Lepas jumpa Ekin kami meneruskan lagi perjalanan ke Muar sampai Ummi tertidur eh.

Sampai Muar dalam pukul 2pm. Alhamdulillah meriah rezeki makan tuan rumah jamu dengan nasi beriyani yang enak belaka. Berkali-kali tambah adoiii. Buat pertama kali dapat jumpa budak comel ni, Aqil yang baik. Diam je Ummi Long riba dia. Rupanya dia dah mamai ngantuk nak tidur. Join sekali Abang Syamil yang tidur dari dalam kereta dan menyambung tidur kat rumah Mak Long.

Dalam jam 5 lebih kami dah mula beransur balik. Sempatlah Babah melelapkan mata melepaskan ngantuk kejap. Driver kena cukup rehat hehehe. Bergambar kenangan dengan sepupu kesayangan Ummi, Ummi Aisy. Tak sabar nak tengok 3rd Aisy keluar nanti hehehe. Semoga urusan dipermudahkan sepanjang pregnancy.

Ehhh berjaya snap gambar 4 beranak kat Muar hehehe.

Hmmm.. sekejap je berempat. Dah tinggal 3 orang je dengan sorang tak fokus hahaha. Lepas kami balik baru Mommy Ngah sampai. Tak jumpa pun dia singah sini sebelum ke KL rumah FIL dia. Alhamdulillah sampai semula ke Batu Pahat lebih kurang jam 8pm. Thanks Mak Long & siblings, Mai, Apiz, Aim dan Ana melayan kami anak beranak. Tak pernah tak makan makanan best-best kalau ke sini. Jangan lupa balik kampung nanti singgah rumah kami ya.

Share this nice post:

Comments

comments

1 thought on “Aidilfitri 2017 – Beraya Ke Muar

  1. Assalamualaikum hernee….wah !! Raya sakan ni…mama belum ke mana2 pun lg…baru rumah adik beradik di jay bee jer…nak ke muar kena tunggu cuti anak2 baru boleh beraya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *