Permohonan Online Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Info Sharing

Rumah mampu milik adalah rumah yang dibina untuk keluarga yang berpendapatan rendah & sederhana. Dengan usaha kerajaan negeri, secara tidak langsung dapat membantu mereka yang sukar membeli rumah dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil kini.
Berita baik buat rakyat johor yang layak, berikut disertakan panduan penting berkenaan cara membuat permohonan & pendaftaran rmmj secara online. Sumber dirujuk melalui portal rasmi SUK, http://lynk.my/3MCz.

Jenis rumah & syarat kelayakan gaji :-

1. Rumah komuniti jenis A

Harga rumah – RM42k

Had maksimum pendapatan – RM3k

2. Rumah komuniti jenis B

Harga rumah – RM80k

Had maksimum pendapatan – RM5k

3. Rumah mampu milik johor

Harga rumah – RM150k

Had maksimum pendapatan – RM8k

“PERMOHONAN RMMJ PERLU DIBUAT SECARA ONLINE. SEBARANG PERMOHONAN YANG MENGGUNAKAN BORANG BERCETAK TIDAK AKAN DITERIMA.”

Syarat-syarat kelayakan permohonan :-

1. Warganegara malaysia, menetap selama 5 tahun di johor & berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM8k

2. Berkahwin atau bujang layak memohon

3. Hanya 1 permohonan sahaja bagi setiap pasangan, isteri kedua & seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon

4. Pemohon yang telah memiliki rumah kos sederhana tidak layak memohon

5. Semua dokumen sokongan beserta surat akuan sumpah mesti dihantar sendiri ke kaunter suk bahagian perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran, sekiranya melebihi tempoh, permohonan akan terbatal

6. Semua dokumen sokongan & surat akuan sumpah yang dikirim melalui pos tidak akan diterima

Cara membuat permohonan & pendaftaran :-

1. Individu atau pemohon mesti mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun

2. Login ke akaun suk, kemaskini akaun & maklumat peribadi yang betul & tepat

3. Pilih mukim, kategori rumah & hantar permohonan

4. Hanya pemohon yang layak sahaja akan diberi pemberitahuan serta membawa dokumen bagi tujuan penawaran rumah mengikut pembangunan projek.

Informasi penting :-

1. Semakan permohonan

Untuk semakan, boleh rujuk portal rasmi suk, http://lynk.my/DH2z

2. Syarat permohonan

Untuk syarat, boleh rujuk portal rasmi SUK, http://lynk.my/27fW

Nota tambahan :-

1. Kerajaan negeri menetapkan syarat kepada pembeli rmmj untuk menyekat mereka daripada menjual kediaman masing-masing dalam tempoh 5 tahun.

LIKE & SHARE SEKIRANYA NOTA INI BERMANFAAT BUAT SEMUA!

Credit info: Viral Media Johor

Related Posts

32 thoughts on “Permohonan Online Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

  1. gaji rm2000 tak boleh mohon ke,kalau dah syarat gaji rm3000,saya sewa rumah dah 7 tahun gaji suami rm2000 tapi boleh bayar bulan2,kenapa kalau nak mohon rumah nak gaji sampai rm3000,kalau macam tu sampai bila2 pon saya tak ada rumah,menyewa rumah saja yang mampu,saya dan suami orang endau johor

    1. assalam puan, cuba puan baca semula syaratnya.. had maksimum rm3000 bukan minimum..puan blh rujuk kepada yang berkenaan utk ulasan lebibh lanjut

  2. macam mana nak buat permohonannya .. nak mintak tahu lebih lanjut .
    mohon bantu .

  3. Setiap kerajaan negeri sedang berusaha untuk bantuk rakyat negeri mendapatkan rumah. Paling tidak menerusi projek rumah mampu milik. Siapa yang menepati kriteria elok buat permohonan. Tak mohon tak akan tahu dapat ke tak dapat, kena usaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!