Gotong-royong buat persiapan Titipan Kasih Harian Metro (TKHM)

08/06/2017

Glamour jiran kita, Pak Imam Ibrahim masuk Harian Metro hari ni hehehe. Semoga usaha semua yang terlibat diberkati olehNya.

TITIPAN KASIH METRO 2017 / MASJID AL-IRSYAD / GELANG PATAH

Credit: Harian Metro Online

Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my

Iskandar Puteri: Puasa tidak menghalang sukarelawan dari perkampungan di sekitar Masjid Al-Irsyad, Desa Paya Mengkuang di sini, menjalankan aktiviti bergotong-royong bagi membersihkan pekarangan masjid, sekali gus memastikan kelancaran program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) selama dua hari bermula esok.

Ketua Kampung Pok, Abu Bakar Abd Rashed berkata, penduduk dari beberapa kawasan perkampungan tidak sabar menantikan penganjuran TKHM yang juga program amal untuk berkongsi rezeki sepanjang Ramadan.

Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada Harian Metro kerana memilih Masjid Al-Irsyad sebagai tuan rumah penganjuran program berkenaan di wilayah Selatan.

“Rata-rata penduduk kampung ini adalah pembaca Harian Metro kerana ia adalah saluran bagi kami mengetahui isu setempat dan global.

“Kami diberitahu sukarelawan Harian Metro termasuk pihak atasan akan ke kampung kami bagi melaksanakan khidmat sosial korporat (CSR) mereka, kami gembira dan teruja untuk menjayakannya.

“Sebelum ini memang ada penganjuran program sempena Ramadan di sini, namun penganjuran TKHM adalah suatu yang berskala besar dan dialu-alukan penduduk kampung di seluruh mukim ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Abd Rahman Abdul Ghani, 59, berkata, Masjid Al-Irsyad yang berusia 14 tahun itu dilengkapi pelbagai kemudahan bagi memberi keselesaan sepanjang penganjuran program berkenaan termasuk kawasan parkir yang luas.

Menurutnya, bagi mengindahkan lagi suasana penganjuran TKHM, sekumpulan sukarelawan kampung termasuk suri rumah dan ibu tunggal menjalankan kerja pembersihan sejak awal minggu ini.

“Kemuncak program ini adalah majlis berbuka puasa bersama kariah masjid dan golongan yang diraikan. Bagi tujuan itu, kami juga sedang mengumpulkan sekurang-kurangnya 50 sukarelawan dari kawasan perkampungan ini untuk bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 3:57 AM

p/s Semoga majlis esok berjalan lancar.

Share this nice post:

4 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: