Lelong Choki-choki

01/05/2017

Memang muncung sedepa kalau tuan dia tahu Ummi buat post nak lelong choki-choki dia ni ahahaha. Ni semalam entah apa mimpi dia rajin nak asing-asingkan isi perut beg dia ni.

P_20170430_121224_vHDR_Auto

Beg ni ihsan dari Ummi. Beg shay-ke-li kata dia, Ke hulu ke hilir nak bawa beg ni tau. Pagi mesti pesan Babah bawa siap-siap ke rumah Opah. Nanti dia transit lepas balik sekolah dia nak main kad boboiboy tu. Kalau ringan tak pe ni berat. Dia siap asingkan isi perutnya ikut bekas, choki-choki, kad besar, kad kecil, mainan sampingan (lego, smurf, kereta etc) dan yang memang Ummi tak faham, plastik biru sampul choki-choki pun sebekas dia simpan.

Jom kita skodeng.

P_20170430_121049_vHDR_Auto

Haaaa..sebekas choki-choki. Lupa nak suruh dia kira berapa. Ini pun banyak dah Ummi sedekah kat anak-anak kawan. Dia bukan makan coklat pun apa lagi gula-gula.

P_20170430_121020_vHDR_Auto

Ini kad kecil boboiboy augmented card. Kad ni dia main guna apps Boboiboy yang di download di google apps store.

P_20170430_121038_vHDR_Auto

Ni kad boboiboy yang besar. Dia nak kumpul kadnya je. Walaupun boleh dikatakan semua koleksi dia dah ada.

P_20170430_121029_vHDR_Auto

Ini ha yang Ummi kata pelik tu. Dia tetap nak simpan. Marah kalau Ummi nak buang. Hai lah Ilham.

P_20170430_151655_vHDR_Auto

Ini bekas mainan-mainan sampingan, Nak juga bawa ke rumah Opah. Nasib dia tak nak bawa yang ada dalam stor. haru kang Ummi nak berangkut hari-hari.

Inilah harta pusaka Ilham Syahmi. Sanggup terhoyong-hayang demi nak bawa beg tangkal dia ni hahaha. Beg tangkal kencing malam. Oklah, siapa nak choki-choki free meh jumpa Ummi Ilhams. Kalau tak Ummi nak jual 1 dua posen nak kumpul beli baju raya hahaha.

Share this nice post:

5 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: