My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Abang Ilham @ Zoo Johor

Hari Ahad lepas, masa Ummi dan Adik Syamil join RaSuk Johor 2017, Abang Ilham pula teman Babah ke LHDN. Kata Babah lepas selesai urusan dia request nak ke Zoo Johor. Hmmm.. Ilham dan zoo berpisah tiada. Memang tak pernah jemu ke zoo walaupun ada pengalaman hitam di Zoo Johor haha. Boleh baca cerita di SINI. Mungkin tak puas hati selagi haiwan yang dia nak tengok dengan mata dia sendiri masih belum muncul.

Nampak tak budak tu? Senang hati meronda zoo hahaha.

Dah makin berani nak bagi unta makan. Orang ramai kata Babah. Ye la hari minggu kan.. cuti sekolah pula tu.

Akhirnya, gajah yang dinanti dah balik dari training. Dah naik pangkat agaknya gajah tu haha. Kali ke  empat Abang Ilham ke Zoo Johor barulah impian jadi kenyataan.

Excited sangat dia nampak ada gajah. Ummi tanya ada berapa gajah, dia kata ada 10 ekor. Padahal Babah kata ada 2 ekor je hahaha.

Haaaa.. lagi dekat nampak gajahnya.

Lepas tengok gajah dia request kat Babah nak main di play ground. Babah kata sekejapan dapat kawan baru. Ilham ikut Ummi kepoh senang dapat kawan hahaha.

Puas hati la dia dapat ronda Zoo Johor dengan Babah. Dia cakap nanti nak pergi zoo lagi hehehe. Terbeliak mata Babah dengar hahaha.

Boleh baca entri INI untuk pengalaman pertama Adik Syamil ke Zoo Johor.

Share this nice post:

Comments

comments

4 thoughts on “Abang Ilham @ Zoo Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *