Anjung Neighbourhood Centre, Iskandar Puteri Berwajah Baru

07/03/2017

20170305_095548

Hari Ahad lepas kami belanja barang-barang dapur di mana lagi kalau bukan di Mydin, Anjung Iskandar Puteri. Bulan lepas dah nampak ada kerusi-kerusi diperbuat dari kayu-kayu pallet dah memenuhi ruang legar Mydin. Wow.. nampak kehipsterannya haha.

20170305_095625

Bila tengok ke depan, eh food court Jom @ Anjung pun dah dibuka la.

20170305_095600

Pemandangan bahagia kiri area Subway. Taip Subway terus rasa lapar Subway. Babah belanja pelisss.

20170305_104334

Lepas habis belanja ajak Babah ronda area food court. Kepochi betul Ummi Ilhams ni kan haha. Nasiblah Babah tu rajin nak layan.

20170305_104429

Cun kan. Ambil kesempatan snap kedai yang belum dibuka hehe. Ala-ala cafe-cafe hipster gitu.

20170305_104453

Cantik bendera Negeri Johor. Rasanya malam-malam berlampu kot ni.

20170305_104506

Ruang makan food court yang memang totally change.

20170305_104551

Lagi terpaut hati bila nampak ada wall art ni. Cakap dengan Babah, ini gambar Lanun Johor kot hehehe.

20170305_104713

Ada juga ruang taman permainan kanak-kanak. Nampak gaya memang banyak sangat perubahannya. Cuma kami tak mencuba makan di sini. Nanti-nantilah kan, sebab Abang Ilham dah pesan, hari Ahad tu Ummi kena masakkan dia “Ayam Red”. Kang muncung sampai SIngapore kang kalau Ummi tak masak makanan kegemaran dia tu.

Share this nice post:

2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: