Tips Travel, Travelog - Bandung

Tips Travel Dengan Anak-anak

tips travel ke bandung

Bila dah ada anak ni, akak rasa setiap tahun akak mesti nak reward diri sendiri, suami dan anak2 dengan bercuti kemana2. tak kiralah dekat ke jauh yang penting akak dapat luangkan masa yang berkualiti dengan diorang. tahun lepas akak rasa adalah percutian paling best sebabnya hasil tabungan ummi dan babah dapatlah bawa anak2 naik kapal terbang ke Bandung.

kami memang merancang untuk bawa anak2 mencuba setiap pengangkutan awam. keretapi dah, bas sekolah untuk abang ilham dah, teksi dan bas awam/ekspres je masih dalam perancangan. kiranya percubaan pertama untuk kapal terbang dah berjaya walau makan angin tak jauh mana.

Nak bawa anak2 ni kena buat persediaan juga tau. Ya, persedian fizikal mental. Ye lah anak2 ni bukan setiap masa boleh bertenang. Ada masa2 dia dah bosan, keluarlah segala macam kerenah. Jadi ummi babah pun kena up level kesabaran di tahap langit ke tujuh. Kalau ummi babah pun tak boleh sabar, memang tak syoklah nak bercuti anak2 hoiii. Ikutkan perasaan memang boleh jadi sekejap hijau sekejap biru muka bila datang angin diorang hahaha.

antara tips yang akak boleh kongsikan untuk bawa anak2 berjalan:

1) Makanan/ minuman – pastikan ada back up makanan untuk anak2.. anak2 akak memang MESTI dibekalkan dengan air masak. diorang memang die hard fan air masak. kalau tak ada bekal ummi boleh jadi kemurungan tau hahaha.

2) Keperluan pakaian – mestilah mencukupi ya kawan2. Make sure pakaian anak2 tu selesa dengan cuaca. Kalau cuaca panas masa tu janganlah dibawa banyak sangat baju tebal2 dan berlengan panjang. Memang sepanjang hari layan anak tantrum kepanasan gamaknya hehe. Lampin anak2 pastikan cukup sepanjang tempoh bercuti. Dalam beg jangan lupa standby tuala kecil dan wet tissue.

3) Ubat2an/ Vitamin/ Termometer – ini penting untuk persediaan kot tetiba anak demam. Akak memang bekal chewable vita c shaklee untuk anak2 walaupun balik Senggarang je. Itu memang antara makanan mesti diorang. bukan saya yang paksa, diorang yang memang suka hehe.

4) Baby carrier – untuk anak yang masih digendong, jangan lupa bawa baby carrier ya. Part ni pun kalau tak bawa boleh jadi kemurungan sepanjang percutian untuk ummi ilhams

5) Permainan – bekal la sikit. Jangan bawa satu bakul pula hehe. Bekal buat2 dia khayal main dalam kereta. Kalau yang naik kapal terbang bagus juga untuk hilangkan rasa nervous dia tu. Masa bawa anak2 tu memang kecil besarlah hati ummi dia ni. Almaklumlah first time kan. Syamil memang nampaklah rasa tak selesanya tu mainan pun tak layan. Abang ilham buat2 steady je layan main game. Tapi alhamdulillah oleh kerana syamil masih breastfeeding, senanglah ummi nak handle dia.

Apa lagi eh. Jem pula otak nak memikir. Kalau uolls ada tips2 berguna boleh share di komen ya. Nanti boleh la akak simpan untuk rujukan akak hehehe.

Apa yang penting ibu ayah kena bekerjasama handle anak2. Jangan sampai ibu ayah pulak yang tantrum tengok anak2 buat perangai. Maka jadilah percutian korang itu percutian yang haru biru ekeke.

p/s kalau nak baca cerita akak bawa anak2 untuk Projek Train To Kluang boleh klik link kat bawah tu.. cerita bercuti ke bandung 2 tahun lagi kot baru keluar hahaha.

http://herneenazir.com/…/projek-naik-train-stesen-kempas-b…/

#tsunamishaklee

#shakleeeffect

#liveamazing

#9Gemilang

Share this nice post:

Comments

comments

2 thoughts on “Tips Travel Dengan Anak-anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *